Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa, bagi membatalkan dinyah senarai

Pada 16 Ogos lalu, Serba Dinamik berkata ia mungkin dinyah senarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Ogos ini

9:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu berkata ini adalah disebabkan syarikat itu diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai terjejas di bawah Nota Amalan 17 (PN17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities pada 16 Ogos, 2023.

Pada 16 Ogos, Serba Dinamik berkata ia mungkin dinyah senarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Ogos, selepas Bursa Securities memutuskan untuk menolak permohonan lanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi melainkan rayuan terhadap penyahsenaraian itu dihantar kepada Bursa Securities pada atau sebelum 23 Ogos, 2023.

Syarikat itu dimasukkan ke dalam status PN17 pada 6 Januari 2022 dan dagangan sekuritinya di Bursa Malaysia telah digantung sejak Disember 2022 kerana gagal menyerahkan laporan tahunan 2022. – 23 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

What happened to gag order on Zakir Naik? Activists urge for probe after preacher’s public speech in Perlis

Lack of authorities’ action will embolden him to sow further hate, lawyer Siti Kasim says

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related