KDN ada kuasa lakukan rampasan jam ‘pelangi’ jenama Swatch

'Cuma saya nak beritahu, rampasan itu dibuat selepas kita menerima aduan awam. Bagaimanapun, pihak syarikat mendapati ada isu pelanggaran dan mereka sudah pun membawa perkara itu ke mahkamah' : Saifuddin

3:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai kuasa yang jelas dalam melakukan rampasan jam ‘pelangi’ jenama Swatch yang dikaitkan dengan simbol komuniti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) pada Mei lalu.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rampasan dilakukan mengikut akta di bawah kawal selia unit penguatkuasaan dan kawalan kementerian ini.

“Cuma saya nak beritahu, rampasan itu dibuat selepas kita menerima aduan awam. Bagaimanapun, pihak syarikat mendapati ada isu pelanggaran dan mereka sudah pun membawa perkara itu ke mahkamah.

“Jadi biar kita selesaikan di situ (di mahkamah). Saya tidak mahu beri komen lebih daripada itu, namun ingin tegaskan rampasan itu dibuat mengikut undang-undang dan menggunakan punca kuasa yang jelas,” katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulan KDN di Putrajaya, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, firma pembuat jam Swiss mengheret kerajaan ke mahkamah sivil berhubung serbuan dan rampasan ke atas jam Koleksi Pride tertera warna ‘pelangi’ yang didakwa melambangkan simbol komuniti LGBT.

Kumpulan Swatch (Malaysia) Sdn Bhd pada 24 Jun lalu memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman berhubung rampasan jam tangan itu yang menyenaraikan Menteri Dalam Negeri (tidak dinamakan); ketua setiausaha kementerian, setiausaha bahagian penguatkuasaan kementerian; dan kerajaan sebagai responden.

Menurut salinan kertas kausa, pembuat jam Swiss itu memohon antara lain membatalkan notis rampasan yang dijalankan antara 13 hingga 15 Mei; memulangkan 172 jam tangan yang dirampas dalam tempoh lima hari dari tarikh perintah mahkamah, serta ganti rugi, termasuk yang bersifat teladan dan teruk.

Syarikat itu mendakwa majoriti jam tangan yang dirampas itu adalah daripada reka bentuk 2023 dan tidak tertera perkataan ‘LGBTQ+’ tetapi hanya dalam warna pelangi. -22 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

Related