Firma AS ikrar pelaburan RM100 bilion di Malaysia sejak 18 bulan lepas: Duta Besar

Pelaburan besar itu melibatkan bidang seperti elektronik dan semikonduktor selain segmen pusat data yang merupakan bidang pertumbuhan besar

9:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS) telah membuat ikrar pelaburan bernilai RM100 bilion dalam pelbagai sektor di Malaysia sejak 18 bulan lepas, kata Duta Besar AS ke Malaysia, Brian McFeeters.

Pelaburan besar itu melibatkan bidang yang menjadi tumpuan AS untuk mengukuhkan kedudukannya seperti elektronik dan semikonduktor selain segmen pusat data yang merupakan bidang pertumbuhan besar.

“Pelaburan AS semakin ketara ke Malaysia dan ini sememangnya baik untuk AS. Ini kerana, kami mendapat tahu bahawa Malaysia berperanan penting dalam (menyumbang kepada) rantaian bekalan dunia sewaktu pandemik COVID-19.

“Banyak kilang-kilang yang bergantung secara langsung terhadap produk yang dibuat di Malaysia. Kami juga telah menjalin hubungan ekonomi yang saling memberi manfaat dan masih wujud sehingga ke hari ini,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam program The Nation terbitan Bernama TV di sini, hari ini.

McFeeters berkata, sebahagian besar syarikat-syarikat AS yang melabur di Malaysia turut meraih manfaat daripada teknologi terkini yang ditawarkan di negara ini.

Selain itu, beliau menyifatkan Malaysia telah memainkan peranan paling konstruktif dari segi integrasi ekonomi dalam rantau Asean.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi pusingan perundingan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) pada Oktober ini untuk membincangkan pendekatan mewujudkan ekonomi lebih bersih dengan penggunaan tenaga boleh baharu (RE).

Pusingan rundingan tersebut akan meneliti isu-isu berbangkit pada abad ke-21 yang merangkumi bidang untuk mewujudkan ekonomi bersih dengan menggunakan RE selain meningkatkan rantaian bekalan bagi mengelak berulangnya gangguan di masa akan datang, kata beliau.

“Pertemuan pada Oktober itu penting kerana menjelang November 2023, AS pula akan berperanan sebagai hos Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang turut menjadi lokasi mengumumkan hasil rundingan tersebut.

“Adalah diharapkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menghadiri acara itu berikutan peranan besar Malaysia sebagai hos rundingan tersebut,” katanya. – 21 Ogos, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Related