Nahas Elmina: 7 waris mangsa layak terima pampasan Perkeso

Melalui skim diperuntukkan dalam akta terbabit, waris layak menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sehingga RM2,000 dan bayaran faedah pencen berkala

8:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tujuh keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran perumahan Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu, layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kata Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar. 

Katanya, beliau sudah mengarahkan Perkeso mengambil tindakan proaktif dengan menyemak status kelayakan 10 mangsa terbabit dalam nahas itu mengikut peruntukan perlindungan Perkeso, sejurus menerima berita berhubung tragedi berkenaan.

Sivakumar berkata, hasil semakan mendapati enam keluarga mangsa mempunyai kelayakan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), manakala satu lagi keluarga mempunyai dua kelayakan iaitu menerusi Akta 4 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

“Melalui skim diperuntukkan dalam akta terbabit, waris layak menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sehingga RM2,000 dan bayaran faedah pencen berkala,” katanya menerusi kenyataan malam tadi. 

Menurutnya, setakat ini, Perkeso sudah membuat bayaran FPM kepada tiga keluarga mangsa yang memberikan maklumat awal, sementara empat lagi keluarga mangsa belum memberikan maklumat.

“Justeru, anggota Perkeso di pejabat berkaitan mengikut lokaliti waris, diarahkan sentiasa bersiap siaga bagi menghulurkan bantuan selayaknya,” katanya.

Dalam nahas pada jam 2.40 petang itu, 10 individu kesemuanya lelaki, disahkan maut.

Lapan individu yang maut terdiri daripada penumpang dan kru pesawat, manakala dua mangsa adalah pemandu kereta serta penunggang motosikal.

Turut terkorban dalam tragedi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Pesawat berkenaan yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.50 petang, namun terhempas hanya beberapa minit sebelum mendarat. – 20 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related