Terima hantaran RM222,000, Intan Najuwa kini sah isteri ahli perniagaan

Majlis pernikahan Intan Najuwa berlangsung di sebuah hotel mewah di Johor, petang tadi

8:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Intan Najuwa selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf bin Azman, 39, dengan sekali lafaz pada jam 6.45 petang tadi.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid, 26, dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Datuk Dr Hj Nooh Gadot dalam majlis yang berlangsung di sebuah resort di Pantai Desaru.

Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan juga hantaran sebanyak RM222,000.

Angka dua menjadi pilihan sebagai lambang tempoh dua tahun perkenalan antara Intan dan juga suaminya.

Kedua-dua mempelai tampil memakai busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo yang bernilai RM 40,000 untuk majlis nikah manakala Teh Firdaus untuk upacara bersanding dan memotong kek. – Gambar @cstproduction, 18 Ogos, 2023

“Alhamdulillah, saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik buat kami berdua dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Walaupun sudah bergelar isteri, saya akan terus menyambung karier lakonan serta mengutamakan pengajian dan bisnes saya sekarang.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberikan sejak awal karier saya sehingga hari ini,” katanya.

Dalam majlis itu juga, kedua-dua mempelai tampil memakai busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo yang bernilai RM 40,000 untuk majlis nikah manakala Teh Firdaus untuk upacara bersanding dan memotong kek.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 150 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, selebriti dan juga pihak media.

Segala persiapan dibuat selama sebulan dan pemilihan tarikh pernikahan tersebut amat signifikan kerana ia juga hari kelahiran Intan Najuwa. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related