Nahas Elmina: Tiada perakam data penerbangan dalam pesawat, hanya perakam suara kokpit, kata KPN

Pesawat tertentu, (seperti) pesawat ringan, tidak mempunyai perakam data penerbangan

11:00 AM MYT

 

SHAH ALAM – Pesawat ringan yang terhempas di Lebuhraya Guthrie dekat Bandar Elmina, di sini, petang semalam, tidak mempunyai perakam data penerbangan (FDR).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, susulan siasatan yang dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) semalam, pesawat itu hanya mempunyai perakam suara kokpit (CVR).

“Dalam jam 10 lebih malam tadi, daripada siasatan BSKU ni, pesawat ini CVR saja, tiada FDR. Bila kita tanya, ada separuh yang tiada langsung, pesawat ringan memang tiada, jadi yang ini ada satu, jadi daripada itu memang telah diambil oleh BSKU untuk siasatan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tambah Razarudin, CVR telah diambil oleh BSKU untuk siasatan lanjut.

Razarudin berkata pihaknya akan berusaha untuk menyelesaikan operasi pembersihan serpihan bangkai pesawat melibatkan kawasan 11,000 meter persegi di jalan itu pada tengah hari ini, bagi memudahkan penduduk di Elmina menggunakannya.

“Untuk membersihkan jalan berkenaan, kita mempunyai kekuatan daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Crime Scene Investigation (CSI) daripada PDRM serta lain-lain bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Gerakan Am,” katanya. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

Zamri Vinoth’s kavadi post: MCMC, police start joint probe, statement-taking done

MCMC confirms suspect called in to Padang Besar police HQ, phone confiscated

KBS, PSM ensure concert-free turf ahead of FIH Nations Cup at National Hockey Stadium

Decision aims to protect pitch quality as Malaysia prepares to host international tournament in June

Related