Jet Valet sahkan terima laporan pesawat miliknya terhempas di Elmina

Syarikat pengendali pesawat berkenaan memaklumkan pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai insiden itu

6:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat Jet Valet Sdn Bhd mengesahkan menerima laporan berhubung insiden sebuah pesawat milik syarikat itu yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor hari ini.

Syarikat pengendali pesawat berkenaan memaklumkan pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai insiden itu, dan akan memberi komitmen penuh serta kerjasama dalam siasatan yang akan dijalankan.

“Pada masa ini, pihak Jet Valet tidak dapat mengesahkan sebarang butiran lain secara rasmi, termasuk kemalangan jiwa kerana menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.

“Segala maklumat dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan syarikat itu, hari ini.

Terdahulu, sebuah pesawat dilaporkan terhempas di atas jalan raya berdekatan kawasan perumahan di Bandar Elmina, dekat sini, petang ini dan sehingga kini, seramai 10 lelaki dipercayai warga tempatan disahkan maut dalam kejadian itu.

Susulan insiden itu, laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina di kedua-dua hala dari Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) ditutup buat sementara waktu. – 17 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related