KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat ringan terhempas dekat sekitar kawasan Elmina, Shah Alam, petang ini.
Difahamkan kejadian itu turut membabitkan sebuah motosikal yang kebetulan berada di lokasi tersebut.
Kejadian ini kini tular di media sosial, dengan netizen memuat naik gambar-gambar tersebut.
Seorang pengguna Twitter, azmilwhoruns yang berada berdekatan lokasi kejadian memaklumkan semua jalan menuju ke Elima West ditutup untuk kenderaan.
“Dalam perjalanan untuk mesyuarat di Sime Darby. Semua jalan menuju ke Elmina West ditutup. Jet peribadi terhempas. Tiga penumpang. Seorang penunggang motosikal jadi mangsa,” katanya.
Berdasarkan video yang tular di Twitter, pesawat tersebut masih terbakar dan tayar terpelanting di tepi jalan.
Malah seorang penunggang motosikal dipercayai maut dalam kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut.
Difahamkan, semasa kejadian, pesawat tersebut dalam perjalanan dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbangan Subang.
Dalam pada itu, sumber memaklumkan pihak berkuasa kini sedang menunggu forensik ke tempat kejadian – 17 Ogos, 2023
TERKINI
— 🇲🇾 (@localrkyt) August 17, 2023
Dikhabarkan helipkopter/kapal terbang terhempas di Elmina dan terdapat kemalangan jiwa berlaku.
Info daripada Muhd Afif via Community Subang Bestari pic.twitter.com/HLOeJGzaVu
On my way to meeting Sime Darby. All road to Elmina West are closed. Private jet terhempas. 3 penumpang. Satu penunggang motor jadi mangsa
— myD, Taiteh & Choè (@azmilwhoruns) August 17, 2023
📍 Elmina West pic.twitter.com/dKYFfMaaw9
Berita selanjutnya menyusul