PN bertepuk tangan jika Umno tidak berubah, dengarlah suara akar umbi

Kepimpinan Umno perlu menggunakan peluang terakhir ketika ini untuk memulihkan parti

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno perlu mendengar suara akar umbi dan segera bertindak melakukan perubahan sebelum parti itu terkubur.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil berkata, jika parti itu kekal sedia ada dan seperti biasa, ia akan menggembirakan lawan dan Perikatan Nasional (PN).

“Saya lihat jika tiada perubahan dalam Umno dan jika kita kekal sedia ada dan seperti biasa, itu membuatkan lawan kita dan PN lebih suka dan bertepuk tangan.

“Sebab dengan ini lebih senang untuk mereka menewaskan dan menguburkan kita pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kepimpinan Umno perlu menyedari hakikat itu dan menggunakan peluang terakhir ketika ini untuk memulihkan parti.

“Ini peluang terakhir untuk kita bertindak sebelum kita menjadi abu. Kita perlu sedar. Dengarlah suara akar umbi,” katanya.

Pada masa sama, Isham turut menzahirkan sokongannya kepada Pemuda Umno untuk mengadakan perhimpunan khas bagi mengumpulkan pandangan dalam kalangan pemimpinnya akar umbi mengenai keputusan Pilihan Raya Neger (PRN), Sabtu lalu.

“Kita perlu berterus terang pada diri sendiri dan berani membuat perubahan di saat getir ini, jika tidak parti kita akan hancur sebelum PRU-16,” katanya.

Pada PRN Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi sekaligus membuktikan pengundi khususnya Melayu menolak Umno kerana bersekongkol dengan DAP.

Kekalahan teruk itu turut mendapat perhatian Ahli MKT Umno, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menegaskan, keputusan PRN di enam negeri pada Sabtu lalu merupakan amaran akhir untuk kelangsungan politik Umno dan parti itu perlu berubah.

Katanya, walaupun Kerajaan Perpaduan diberi mandat menerajui Selangor untuk lima tahun lagi, ia tidak menutup hakikat pedih prestasi BN amat lemah di Selangor selepas hanya memenangi dua daripada 12 kerusi ditandingi, dengan satu daripadanya sebelum ini milik DAP. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] Swatch scandal: Home Ministry must return Pride collection watches in 14 days

High court rules in favour of company but did not make any orders for damages, costs

Related