PRN: Anwar ucap terima kasih kepada semua pengundi

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyatakan akan terus mengenang sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan

8:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyatakan akan terus mengenang sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan. 

“Terima kasih kepada semua pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Saya hargai dan saya tidak lupa dukungan kalian,” katanya dalam hantaran itu.

Keputusan PRN enam negeri menyaksikan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dimenangi PH dan Barisan Nasional yang membentuk kerjasama sebagai Kerajaan Perpaduan.

Kelantan, Kedah dan Terengganu pula di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN). – 13 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Fugitive preacher Zakir Naik defies Malaysia’s speech ban?

The Indian national preacher allegedly defied Malaysia’s speech ban with an address at the Perlis International Sunnah Convention 2025

Amirudin signals move to federal politics

The Selangor menteri besar is preparing for a move to the federal government by 2028, following an unwritten two-term limit for the state’s top post

Everyone makes mistakes: Hannah should forgive Razman, says PAS spiritual leader

Datuk Hashim Jasin says Youth and Sports Minister should let bygones be bygones over ‘YTL daughter’ gaffe

Related