Kejar tak dapat dikendong berciciran, ‘Umno mahu 500 undi DAP, hilang 5,000 undi Melayu’

Umno perlu baiki segera keadaan ‘kritikal’, jika tidak ia bakal hilang akar umbi, parti akan mati

5:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno perlu berusaha memperbetulkan keadaan susulan kekalahan teruknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, dengan mengambil tindakan drastik kerana jika tidak, parti itu dan perjuangannya akan lenyap.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil berkata, parti itu perlu bangun memperbaiki keadaan kerana ia kini berada dalam keadaan getir dan kritikal.

“Umno kalah lagi semalam. Kali ini kalah teruk, hanya menang 19 kerusi dari 108. Kita menang satu di Kelantan, dua di Pulau Pinang, dua di Selangor dan 14 di Negeri Sembilan.

“Di 89 kerusi lain semua kita kalah. Kita perlu berbuat sesuatu. Jika tidak Umno akan terus kalah dan bakal pupus terus menjelang PRU-16 (Pilihan Raya Umum Ke-16),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Isham berkata, beliau serta akar umbi sudah berusaha sedaya upaya di peringkat bawahan dan kini, kepimpinan perlu membuat pertimbangan semula serta keputusan.

“Saya sudah jelajah ke hampir seluruh enam negeri untuk berkempen dan saya berdialog dengan akar umbi. Di mana-mana saya pergi, akar umbi kita rata-rata bertanya mengenai tiga perkara, pertama berkenaan DAP, kedua berkenaan Presiden dan ketiga berkenaan Datuk Seri Najib (Razak). Perkara ini adalah isu utama di akar umbi,” katanya.

Pada masa sama, Isham berkata, berkenaan DAP, beliau sudah berulang kali menegaskan bahawa perkara membabitkan parti terbabit, amat sensitif kepada akar umbi Umno.

Justeru, katanya, jika kepimpinan parti memaksa akar umbinya supaya mengundi DAP, mereka akan membantah dan besar kemungkinan, tidak keluar mengundi atau lebih teruk, melakukan protes serta mengundi Perikatan Nasional (PN), malah itu adalah situasi tercetus di enam negeri yang mengadakan PRN kali ini.

Katanya, di Selangor, undi calon PN bertanding menentang calon Umno, menyaksikan pihak terbabit mendapat undi lebih banyak, berbanding ketika mereka bersaing di bawah tiket PKR dulu.

“Ini bermaksud, bukan sahaja penyokong lama PKR menyokong mereka, malah orang Umno pun mengundi mereka juga. Ini adalah satu tamparan hebat kepada Umno.

“Kita perlu selesaikan isu DAP ini. Sama ada kita terus bekerjasama dengan mereka dalam kerajaan dan pilihan raya atau bekerjasama hanya dalam kerajaan serta bukan pilihan raya,” katanya.

Menurutnya, seandainya Umno memilih pilihan kedua, ia mungkin boleh membina semula parti itu dengan mengekalkan ideologi dan perjuangannya.

“Walaupun mula-mula mungkin kita kalah atau tidak menang besar, namun demikian dengan ini, kita dapat kekalkan akar umbi kita dan sedikit demi sedikit memenangi semula hati rakyat.

“Jika tidak, akar umbi kita akan lari ke parti lain dan nasib kita akan jadi seperti pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

“Untuk mengejar 500 undi DAP, kita hilang 5,000 undi Melayu dan hilang akar umbi. Jika kita hilang akar umbi, parti kita akan mati. Ini tidak bijak, malah bahaya,” katanya. – 13 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related