Umno perlu tampilkan ayam sabung yang tulen: Puad

“Menteri UMNO mesti deliver. Elak rakyat meluat pada tingkah laku UMNO,” : Puad

9:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Calon Umno yang berusia 45 tahun ke atas dan kalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam diingatkan supaya tidak bertanding lagi pada pilihan raya akan datang.

Ini kerana, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi jawatan parti bukan tiket percuma jadi calon malah parti berkenaan perlu menampilkan ayam sabung yang tulen.

Pada masa sama, katanya, parti berkenaan juga perlu naratif baru yang sampai kepada pengundi.

“Menteri UMNO mesti deliver. Elak rakyat meluat pada tingkah laku UMNO,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Dalam keputusan PRN semalam, Umno mengalami kekalahan teruk malah di Kedah, Umno kalah semua kerusi.

Mengulas lanjut, Puad berkata, Umno sekali lagi berhadapan dengan ujian berat dan parti itu semakin hilang sokongan orang Melayu.

“Menang 20 sahaja daripada 108 kerusi yang ditandingi. UMNO semakin hilang sokongan orang Melayu. Bukan mudah untuk UMNO mencari formula baru.

“Tetapi UMNO jangan panik seperti mahu tinggalkan Kerajaan Perpaduan. Fokus agenda ekonomi rakyat dan ekonomi negara,’’ katanya. – 13 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related