Selebriti popular tidak ketinggalan turun mengundi sempena PRN

Ramai selebriti terkenal tanah air tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan tanggungjawab hari ini

6:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selebriti popular tanah air tidak ketinggalan melaksanakan kewajipan mereka dengan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, hari ini.

Antara yang berkongsi momen mereka keluar mengundi di media sosial ialah penyanyi terkenal, Ziana Zain.

Tabby, anggota kumpula Dolla bangga menunjukkan jarinya yang berdakwat biru selepas selesai membuang undi pagi tadi. – Gambar Instagram Tabby Dolla, 12 Ogos, 2023

Menerusi gambar yang dikongsikan penyanyi lagu Madah Berhelah itu di akaun Instagramnya, Ziana turut membawa ibu dan bapanya untuk mengundi di pusat mengundi di SMK Seksyen 19, Shah Alam.

Selain itu, ahli kumpulan Dolla iaitu Tabby turut memuatnaik gambar jarinya yang mempunyai kesan dakwat biru, menandakan dia sudah selesai menjalankan tanggungjawab untuk mengundi.

Sebelum ini, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu, gambar Tabby menjadi tular gara-gara kukunya yang panjang.

Tidak ketinggalan ialah pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin yang mengundi Bersama anaknya di Subang Jaya.

Menurut Zarina, sesuatu yang merugikan seandainya mereka yang layak mengundi tidak berbuat demikian kerana ia adalah hak sebagai rakyat Malaysia.

Aktor Fikry Ibrahim sempat berkongsi kad yang tertera nombor saluran dan bilangan sebelum membuang undi pagi tadi. – Gambar Instagram Fikry Ibrahim, 12 Ogos, 2023

Sementara itu, tinggal jauh dari kampung halaman tidak menghalang pelakon Fikry Ibrahim untuk mengundi di Kedah.

“Jangan tanyakan apa yang negara berikan kepadamu, tapi tanyakan apa yang kamu berikan kepada negara,” tulisnya dalam Instagram.

Begitu juga dengan pelakon dan pengacara yang berasal dari Kelantan iaitu Jaa Suzuran. Menerusi hantaran di Instagram, Jaa berkongsi fotonya yang selesai mengundi di Kota Bharu.

Alicia Amin Bersama adik-beradiknya selesai menjalankan tanggungjawab sebagai penduduk Selangor menerusi foto yang dikongsikan di Insta Story. – Gambar Instagram Alicia Amin, 12 Ogos, 2023

Peragawati terkenal tanah air, Alicia Amin Bersama adik-beradiknya turut menjalankan tanggungjawab sebagai penduduk Selangor menerusi foto yang dikongsikan di Insta Story. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related