Letak KJ sekalipun, PH tetap di hati pengundi muda Kota Damansara

Masyarakat di situ sudah menerima baik alasan di sebalik keputusan PH bergabung bersama UMNO

4:07 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara masih setia menyokong calon Pakatan Harapan (PH) walaupun gabungan itu menjalinkan kerjasama bersama seteru tradisinya, Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Seorang pengundi muda, Muhammad Zulkarnaen Alim, 25, berkata, masyarakat di situ sudah menerima baik alasan di sebalik keputusan PH bergabung bersama Umno, iaitu bagi membentuk Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik negara.

Muhammad Zulkarnaen Alim berkata, masyarakat di situ sudah menerima baik alasan di sebalik keputusan PH bergabung bersama Umno – Gambar Scoop, 11 Ogos, 2023

Malah, beliau yakin masyarakat di kawasan itu tidak lagi berada dalam keadaan dilema atau termakan hasutan naratif Umno-DAP dilemparkan pembangkang, bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap PH.

“Di Kota Damansara, sokongan masih sama sahaja, kalau diikutkan tiada angin perubahan akan berlaku. Macam saya atau anak muda di sini akan memberi sokongan kepada PH.

“Kalau pihak lawan nak main lagi naratif Umno DAP, dah basi isu itu, justeru sila hentikan polemik sebegitu,” katanya ketika ditemui Scoop di Kota Damansara, hari ini.

Manakala, suri rumah, Zana Aris, 26, berpandangan, PH tetap tidak akan terkesan di DUN Kota Damansara walaupun bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditawarkan sebagai calon di kawasan berkenaan.

Zana Aris berpandangan, PH tetap tidak akan terkesan di DUN Kota Damansara walaupun Khairy Jamaluddin ditawarkan sebagai calon di kawasan berkenaan – Gambar Scoop, 11 Ogos, 2023

“Letaklah KJ (Khairy) di sini sebagai calon lawan, beliau tetap tidak boleh menang di sini. Kekuatan PH tetap utuh sehingga sukar untuk mana-mana parti politik, khususnya PN merampas DUN Kota Damansara.

“Saya tahu beliau adalah mantan menteri, pemimpin yang dilihat seolah-olah dizalimi bekas partinya, Umno, tapi kalau dia bertanding tempat lain, ada kemungkinan menang, namun di sini…tidak,” katanya.

Pengundi lain di DUN Damansara, Aqil Syakir, 25, menyakini calon PH, Muhammad Izuan Ahmad Kasim mampu mencapai kemenangan di situ, biarpun calon terbabit adalah muka baharu.

Aqil Syakir, menyakini calon PH, Muhammad Izuan Ahmad Kasim mampu mencapai kemenangan di situ, biarpun calon terbabit adalah muka baharu – Gambar Scoop, 11 Ogos, 2023

“Walaupun ada pihak cuba memainkan isu membabitkan pencalonan Izuan yang dipilih pada saat akhir, orang di sini tidak terkesan kerana siapapun calon dari PH, kita akan tetap menyokong individu berkenaan,” katanya.

“Saya yakin kawasan ini akan dimenangi wakil rakyat daripada PH dan gabungan parti Kerajaan Perpaduan itu juga akan kekal mentadbir Selangor. Bantuan ketika Covid-19 yang diberikan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak beri kesan untuk golongan muda seperti kami beralih sokongan kepada PN,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Aidi Amin Yazid sebagai calon di DUN berkenaan.

Namun, sehari sebelum penamaan calon, ia digantikan dengan Izuan yang juga Ketua AMK Selangor. – 11 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related