Pembinaan telaga harus patuhi keperluan dan garis panduan: Nik Nazmi

Terdapat risiko kandungan logam tinggi dalam tanah yang membahayakan kesihatan

5:01 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Sebarang pembinaan telaga untuk tujuan pengambilan air bawah tanah harus mematuhi keperluan dan garis panduan pihak berkuasa kerana terdapat risiko kandungan logam tinggi dalam tanah yang membahayakan kesihatan.

Merujuk kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyatakan rakyat negeri itu boleh menggali sendiri telaga jika air yang dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak memuaskan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan membimbangkan.

“Bekalan air Kelantan sememangnya bermasalah dengan sebahagian besar penduduk negeri itu tidak dibekalkan dengan air bersih dan berkualiti,” katanya yang turut menerima pelbagai aduan berhubung bekalan air setiap kali lawatannya ke Kelantan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nik Nazmi berkata beliau menerusi kementeriannya akan terus memantau keadaan air Kelantan dan mengulangi komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan MADANI untuk menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan.

Menurut laporan media, Mohd Amar dilaporkan berkata isu air dihadapi rakyat Kelantan bukannya masalah besar, malah mereka yang terjejas dengan masalah air dapat memahami situasi tersebut dan mampu menguruskannya dengan menggali perigi atau membuat telaga tiub.

Nik Nazmi sebelum ini dilaporkan berkata Putrajaya tidak menolak kemungkinan melakukan rombakan atau mengambil alih AKSB jika usaha menyelesaikan masalah air di negeri itu tidak berhasil dan gagal mendapat kerjasama.

Anwar pada 18 Jun lepas mengumumkan peruntukan RM500 juta untuk mengatasi masalah air bersih di Kelantan, yang merupakan peruntukan tambahan kepada dana RM1 bilion yang diumumkan pada Mei 2023 yang disediakan kerajaan Pusat bagi Kelantan menangani masalah air. – 10 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related