Anwar PM pertama pisahkan perbelanjaan pembangunan, pengurusan: Rafizi

Langkah dilaksanakan Anwar itu lebih telus dan efisyen dalam menguruskan dana negara, berbanding pentadbiran kerajaan sebelum ini

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pertama di negara ini yang memisahkan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan kerana sebelumnya ia secara keseluruhan terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, langkah dilaksanakan Anwar itu lebih telus dan efisyen dalam menguruskan dana negara.

Justeru, katanya, tuduhan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman bahawa Anwar mengawal keseluruhan perbelanjaan negara adalah tidak benar.

“Hanya pentadbiran di bawah Kerajaan Perpaduan yang meletakkan perbelanjaan pengurusan di bawah Kementerian Kewangan, manakala perbelanjaan pembangunan di bawah Kementerian Ekonomi.

“Tak timbul soal seorang Perdana Menteri kawal kedua-dua (perbelanjaan pembangunan dan pengurusan), sebelum ini, kerajaan berbeza kerana semuanya itu di bawah Perdana Menteri, dialah yang kawal perbelanjaan pembangunan, dia juga kawal perbelanjaan mengurus.

“Itu jadi masalah, sebab itu, saudara Anwar dari segi kuasa adalah lebih rendah dari saya. Kalau Syahir tumpu perhatian perbahasan di Parlimen, tidak timbul perkara remeh begitu. Ini kerana tidak ada lagi Perdana Menteri yang lepaskan kuasa perbelanjaan pembangunan, hanya Anwar seorang melepaskannya,” katanya ketika berbahas pada Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia bersama Syahir, malam ini.

Terdahulu, Rafizi Ramli mencadangkan penganjuran debat itu dengan alasan mahu memulakan budaya persaingan idea untuk membantu rakyat – Gambar Scoop, 10 Ogos, 2023

Dalam pada itu, Rafizi berkata, tindakan Syahir yang menyentuh berkenaan tata kelola Kerajaan Perpaduan, tidak tepat dan hanya polemik politik cuba diwujudkan Timbalan Setiausaha Agung PAS berkenaan.

“Saya rasa saudara Syahir tidak faham aturan kementerian dibuat Kerajaan Perpaduan bila dia menyentuh soal tata kelola kononnya kalau di Bachok, imam, bendahari masjid tidak boleh orang sama. Dia hanya pusing (jawapan).

“Sebab itu saya ajak berbahas sebab rekod dari Presiden PAS sampai sekarang, orang paling pandai dalam PAS, moderator tanya lain, dia jawab lain…saya juga pelik, kita membahas atau kelas membaca,” katanya.

Terdahulu, Rafizi mencadangkan penganjuran debat itu dengan alasan mahu memulakan budaya persaingan idea untuk membantu rakyat.

Rafizi dalam ceramahnya mencabar bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berdebat dengannya mengenai ekonomi Malaysia.

Bagaimanapun, Azmin meletakkan syarat menyebabkan hasrat Rafizi tidak kesampaian dan Timbalan Presiden PKR itu kemudian mempelawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, namun pemimpin terbabit juga menolak permintaannya.

Pelawaan ketiga Ahli Parlimen Pandan itu terarah kepada Mohd Syahir yang juga pada awalnya menolak jemputan berkenaan, tetapi akhirnya bersetuju. – 10 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related