Pusat khidmat bergerak untuk penduduk Jitra salur masalah: Sabrina

Calon PH itu berkata, pengundi DUN berkenaan semakin meyakini Kerajaan Perpaduan kerana pemimpin utamanya memberi penjelasan berfakta ketika kempen, bukan cakap kosong

3:17 PM MYT

 

JITRA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra berjanji akan mewujudkan pusat khidmat bergerak sekiranya rakyat di kawasan itu, memilih beliau sebagai wakil rakyat pada 12 Ogos ini.

Datin Sabrina Ahmad, 45, berkata, memasuki minggu kedua berkempen dan beramah mesra bersama pengundi, rata-rata memaklumkan kesukaran mereka dalam menyalurkan masalah dihadapi kepada wakil rakyat.

Beliau berkata, justeru ia menjadi satu keperluan bagi membuka satu pusat khidmat bergerak untuk kemudahan rakyat.

“Ia (pusat khidmat bergerak) merupakan manifestasi kepada pengundi dengan mengutamakan cara penyelesaian pantas kepada penduduk Jitra.

“Saya telah pun berikrar untuk membuka satu pusat khidmat bergerak terus kepada pengundi di Jitra.

“Ia bertujuan bukan untuk tumpu kepada isu kemiskinan sahaja, malah yang membabitkan isu melingkari kehidupan penduduk, mana-mana kawasan pun pasti ada kemiskinan dan kita kena berusaha untuk menaik taraf hidup masyarakat,” katanya kepada Scoop hari ini.

DUN Jitra menyaksikan Sabrina berdepan bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Haim Hilman Abdullah, 50, mewakili Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, Sabrina berkata, pengundi di kawasan Jitra semakin meyakini Kerajaan Perpaduan dengan melihat kepimpinan utama hadir dalam pelbagai siri jelajah kempen PRN.

“Satu impak yang besar (kehadiran pemimpin utama Kerajaan Perpaduan) sebab penerangan dan penjelasan dari mereka bersertakan fakta serta bukti, bukan cakap kosong.

“Saya melihat gelombang cukup kuat dan keyakinan rakyat terhadap slogan ‘kalih bagi sama’ semakin hari semakin meningkat, selain perpaduan yang cukup baik serta jitu diterjemahkan kepemimpinan peringkat kerajaan Pusat,” katanya.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018, kerusi DUN Jitra dimenangi PH dengan majoriti 10,849 undi melalui Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu. – 9 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related