Dakwa keselamatan MB Kedah terancam: ‘Ya, saya dipanggil polis’ – Afnan

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS itu berkata, beliau sedia memberi kerjasama kepada polis bagi membantu siasatan kes itu

4:44 PM MYT

 

ALOR SETAR – Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mengesahkan beliau dipanggil polis bagi direkodkan keterangannya petang ini, berhubung kenyataan dikeluarkan dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sungai Petani, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS itu berkata, beliau sedia memberi kerjasama kepada polis bagi membantu siasatan kes itu.

“Ya. Saya diminta beri keterangan petang ni, saya sentiasa bersedia (beri kerjasama),” katanya ringkas ketika dihubungi Scoop.

Hari ini, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Saleh memaklumkan pihaknya akan memanggil seorang Ahli Parlimen di Kedah untuk membantu siasatan berhubung kenyataan dikeluarkan pemimpin itu dalam satu ceramah kempen PRN.

Fisol berkata, setakat ini polis menerima empat laporan berhubung kenyataan ahli parlimen terbabit melalui aplikasi media sosial.

Menurutnya, kenyataan itu dilihat sebagai suatu fitnah mengelirukan dengan niat mendatangkan khianat awam, malah boleh menggugat ketenteraman awam dan negara mengait keselamatan diri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Setakat ini, empat individu yang membuat laporan polis dan sudah dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya.

“Susulan laporan dibuat, siasatan dijalankan mengikut seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya selepas meninjau proses undi awal membabitkan 875 pegawai dan anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Ahad lalu, Afnan Hamimi yang juga penceramah terakhir pada perhimpunan politik di Sungai Petani, memaklumkan orang ramai bahawa seorang tokoh politik di negeri berkenaan dinasihatkan supaya tidak menghadiri majlis itu atas sebab keselamatan.

Dakwanya, Menteri Besar Kedah dinasihatkan supaya tidak menghadiri perhimpunan itu kerana ‘perangkap’ yang akan menahannya dan menyebabkan dia melakukan sesuatu yang tidak dijangka.

“Saya nak baca kertas ini yang tulis berita menyedihkan. Pagi tadi Menteri Besar mesyuarat di Kuala Lumpur, mesyuarat penting. Pada mesyuarat itu, dibincang beberapa perkara penting, perkara besar,” katanya pada program itu. – 8 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related