PRN: Pusat pengundian awal dibuka 8 pagi ini

Turut dibuka ialah tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak

8:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi ini.

Turut dibuka ialah tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.

Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan untuk PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta PRK Kuala Terengganu adalah daftar pemilih terkini yang dikemas kini sehingga 21 Jun 2023.

Ia melibatkan undi awal 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri yang terlibat PRN.

Sementara, seramai 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terlibat dengan proses pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu.

Kesemua pusat pengundian awal di enam negeri berkenaan termasuk di IPK Terengganu dijadual ditutup secara berperingkat mengikut kedudukan kawasan pusat mengundi.

Di IPK Terengganu, pusat pengundian awal pertama yang akan ditutup ialah bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk pada 12 tengah hari diikuti DUN Bandar pada 2 petang dan terakhir DUN Ladang pada 5 petang, manakala tiada pusat pengundian awal bagi DUN Wakaf Mempelam.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRN di enam negeri serta PRK Kuala Terengganu masing-masing pada 29 Julai dan 8 Ogos, manakala hari pengundian pada 12 Ogos ini.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula hari penamaan calon pada 29 Julai lepas dan akan berakhir pada 11.59 malam, 11 Ogos.

PRN itu melibatkan 36 kerusi DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32); Pulau Pinang (40) Selangor (56) serta 36 DUN di Negeri Sembilan.

PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah. – 8 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Gopeng says goodbye to beloved 111-year-old soy sauce factory Hup Teck

For over a century, Uncle Tong’s family kept culinary heritage alive with all-natural, sun-fermented soy sauce crafted in age-old earthen pots, a tradition which started in 1914

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

What happened to gag order on Zakir Naik? Activists urge for probe after preacher’s public speech in Perlis

Lack of authorities’ action will embolden him to sow further hate, lawyer Siti Kasim says

Related