Manifesto PN Pulau Pinang kemuka 8 teras, 33 tawaran

PN Pulau Pinang yakin dapat menunaikan segala manifesto diketengahkan gabungan itu selepas mengambil kira kedudukan kewangan negeri

6:22 PM MYT

 

KEPALA BATAS – Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang hari ini mengumumkan manifesto untuk Pililihan Raya Negeri (PRN)  dengan mengetengahkan lapan teras membabitkan 33 tawaran yang bakal memanfaatkan lebih 1.7 juta penduduk Pulau Mutiara itu.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, tawaran PN itu antara lain akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi lepasan sekolah, graduan dan penganggur, menjayakan pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

Dominic, yang juga presiden Gerakan berkata, PN negeri juga akan memperuntukkan subsidi RM1.5 juta kepada syarikat kerajaan negeri dan swasta yang terbabit dengan program latihan industri, bertujuan menggalakkan pembabitan golongan muda di sektor industri.

“Bagi merangsang lagi pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan rakyat, PN akan menyediakan Geran Modal Mikro bernilai hingga RM10 juta, yang mensasarkan pihak terbabit dengan aktiviti keusahawanan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuk usahawan digital.

“Sebanyak RM 5 juta akan disediakan sebagai insentif bantuan pukat, bot gentian dan juga enjin bot kepada golongan nelayan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto PN di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong; Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff dan Pengerusi BERSATU negeri, Zulkifli Bakar.

Dominic berkata, PN juga akan mewujud dan melaksanakan dasar mesra sektor penjajaan makanan selepas mengambil kira Pulau Pinang sebagai antara destinasi utama ‘food hunting’ di negara ini.

Beliau berkata, atas inisiatif itu, fi lesen penjaja kecil yang berkenaan juga akan dikecualikan bagi memastikan usaha Pulau Pinang sebagai peneraju hab pelancongan makanan bertaraf antarabangsa dapat dijayakan.

“Bagi menggalakkan lagi peningkatan taraf pendidikan golongan muda, peruntukan bernilai RM1,200 akan diberi kepada semua anak Pulau Pinang yang akan mendaftar di institut pengajian tinggi (IPT), termasuk di Institut Pendidikan Guru (IPG).

“Selain itu, semua pelajar baharu di matrikulasi dan Tingkatan Enam pula akan diberi bantuan sebanyak RM500 setiap orang.

“PN juga tidak meminggirkan sekolah yang beraliran agama. Sebanyak RM14 juta akan diperuntukkan bagi Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Mubaligh, Sekolah Cina dan juga Sekolah Tamil,” katanya.

Bercakap pada sidang media, Dominic yang juga calon PN di DUN Bayan Lepas berkata, PN Pulau Pinang yakin dapat menunaikan segala manifesto diketengahkan gabungan itu selepas mengambil kira kedudukan kewangan negeri.

“Setiap janji (manifesto) diberikan PN memang akan dilaksanakan kerana kita sudah meneliti rizab kewangan negeri dan kaedah pelaksanaan akan dibincangkan, jika mandat diberikan kepada PN untuk menerajui Pulau Pinang,” katanya. – 7 Ogos, 2023.

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related