Saya jawab soalan seperti seorang bapa: Anwar

Tanggungjawab saya sebagai bapak-bapak mesti terang dekat dia. Dia menghadapi masalah, dia nak minta penyelesaian. Jadi tanggungjawab saya bagitau kita mesti cari penyelesaian

10:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang remaja mengenai sistem kuota di Pulau Pinang semalam, sama seperti seorang bapa menjawab soalan.

Menurut Perdana Menteri, remaja berkenaan menghadapi masalah dan meminta penyelesaian maka menjadi tanggungjawabnya untuk mencari penyelesaian.

“Jadi saya nak jelaskan saya tiada masalah. Ada orang kata budak tu tak patut tanya begitu, budak ni kasar. Budak ni jawab kasar, Anwar jawab kasar.

“Tanggungjawab saya sebagai bapak-bapak mesti terang dekat dia. Dia ada menghadapi masalah, dia nak minta penyelesaian. Jadi tanggungjawab saya bagitau kita mesti cari penyelesaian, tapi jangan rombak prinsip perlembagaan, persefahaman, nanti gaduh lagi. Itu sahaja yang saya cuba lakukan,’’ katanya ketika berucap dalam ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Petaling Jaya, malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Petaling Jaya, malam ini. – Gambar Scoop, 6 Ogos, 2023.

Semalam, seorang pelajar telah bertanya kepada Anwar sama ada sistem kuota akan dihapuskan dan diganti dengan meritokrasi, dalam sesi dialog di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di Kepala Batas.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau turut memaklumkan jika betul ada satu atau dua kes meritokrasi, maka perkara itu akan dibawa kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

‘Kita hantar kepada Fadlina (Menteri Pendidikan) kita akan cuba teliti dan selesaikan, tapi media dia tak guna yang itu.

“Jadi sistem kuota tak pa, namun kalau ada anak Cina atau anak India yang rasa dapat 8A ,9A nak rayu, saya bagitau kepada Fadhlina, ambil kes itu dan bantu dia sebagai individu,’’ ujarnya lagi. – 6 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related