Rakyat dapat nilai pemimpin yang langgar titah Agong: Saifuddin Nasution

“Kalau pemimpin tidak mendengar nasihat dan patuhi titah diraja apatah lagi untuk mereka mendengar nasihat daripada pihak berkuasa,” katanya

1:15 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Rakyat boleh menilai pemimpin yang tidak menghormati nasihat Majlis Raja-Raja dan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan isu kaum, agama dan raja (3R), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata institusi raja dan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah beberapa kali mengingatkan semua pihak supaya isu 3R tidak digunakan ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Kalau pemimpin tidak mendengar nasihat dan patuhi titah diraja apatah lagi untuk mereka mendengar nasihat daripada pihak berkuasa seperti Ketua Polis Negara,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal Bersama Pemimpin dan Badan Bukan Kerajaan anjuran Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Kebudayaan dan Sosial Kaum India di Kelab Golf Pulau Pinang, di Bayan Lepas.

“Melayu ini ada adab dan kesopanan terutamanya yang membabitkan institusi diraja namun apabila diambil tindakan oleh PDRM reaksi mereka ‘play victim’ (berlagak seperti mangsa), menyifatkan negara ini tiada hak kebebasan suara,” katanya.

Mengenai perbuatan merosakkan bahan kempen ketika PRN ini, beliau berkata kejadian seumpama itu tidak patut berlaku kerana masyarakat kini lebih terdidik dan berfikiran moden selain budaya politik baharu perlu dilindungi.

“Insiden tersebut amat dikesali dan sudah tentu pihak berkuasa baik peringkat PDRM ataupun SPR ada jawatankuasa pemantauan dan mereka ada kuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Khamis lepas, PDRM telah membuka sebanyak 16 kertas siasatan antaranya melibatkan kesalahan merosakkan bahan kempen calon yang bertanding pada PRN iaitu lima di Selangor, Pulau Pinang (empat), Kedah (tiga), Terengganu (tiga) dan satu kes di Negeri Sembilan.

PRN di Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, dengan pengundian awal ditetapkan pada 8 Ogos ini. – 4 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related