PRN: Calon, petugas guna pelitup muka jika ada gejala influenza

Pemakaian pelitup muka semasa berkempen dapat mengekang penularan penyakit berjangkit berkenaan

3:27 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Calon serta petugas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri digalakkan menggunakan pelitup muka dan melaksanakan kawalan kendiri sekiranya mempunyai gejala Influenza.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, pemakaian pelitup muka semasa berkempen dapat mengekang penularan penyakit berjangkit berkenaan.

Antara gejala influenza adalah demam, sakit badan, kerap bersin, hidung berair, sakit tekak, batuk dan sakit kepala. 

“Influenza adalah penyakit berjangkit. Bagi mereka yang ada gejala tidak kira calon atau petugas pilihan raya, kalau ada tanda kena cepat jumpa doktor dan laksana langkah kawalan kendiri.

“Contohnya, pakai pelitup muka semasa kempen luar kawasan dan sebagainya supaya tidak jangkiti orang lain,” katanya dalam sidang media selepas sesi perjumpaan bersama Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan (MAPSU KKM) di sini, hari ini. 

Beliau mengulas laporan media berhubung berlakunya kesesakan di hospital swasta seluruh negara berikutan peningkatan jumlah pesakit influenza. 

Pada Isnin lepas (31 Julai), Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Datuk Dr Kuljit Singh berkata, keadaan kesesakan di hospital swasta seluruh negara semakin membimbangkan apabila kebanyakan pesakit adalah mereka yang dijangkiti Influenza. 

Semalam, Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan disahkan dijangkiti Influenza dan diarahkan oleh doktor untuk berehat selama tiga hari.

“Kalau perlu berhenti seketika berkempen maka laksanakanlah. Kita memperkasa komuniti, ahli komuniti serta calon pilihan raya untuk  bertanggungjawab kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian ditetapkan pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Mengenai pertemuan dengan MAPSU KKM hari ini, Dr Zaliha berkata, antara isu dibincangkan adalah mengenai isu perjawatan dan waktu bekerja warga KKM.

“(MAPSU KKM) jadi mata dan telinga serta penghubung terus antara pengurusan tertinggi dan pekerja KKM dan diharap ia dapat diteruskan.

 “Insya-Allah, saya ambil keputusan untuk pertemuan ini jadi pertemuan berkala di peringkat kementerian iaitu dua kali setahun,” katanya pada pertemuan yang dihadiri Presiden MAPSU KKM Ajulahin Japin. – 3 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related