Kepimpinan Aminuddin diyakini, PH sokong perjuangan syiar Islam di Negeri Sembilan

Kerajaan negeri melaksanakan inisiatif perjuangan syiar Islam dengan baik tanpa mengabaikan agama lain, selaras dengan konsep Malaysia MADANI

9:36 AM MYT

 

SEREMBAN – Masyarakat Islam di negeri ini yakin bahawa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sentiasa mengutamakan dan menyokong perjuangan syiar Islam.

Pengerusi Persatuan Ikatan Ukhuwah Saudara Baru Negeri Sembilan (PIUSB) Muhammad Ridzuan Lau Abdullah berkata, pihaknya sering mendapat sokongan dan bantuan daripada pimpinan kerajaan negeri untuk membantu saudara baharu dari segi kebajikan dan bimbingan fardu ain. 

“Kerajaan negeri tidak pernah menghalang pergerakan kami, Menteri Besar sendiri, Speaker Dewan Negeri Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Datuk Ismail Ahmad antara pemimpin membantu melancarkan persatuan ini,” katanya.

Sementara itu, pelajar Aiman Fitri Hazlin, 21, berkata, walaupun PH turut dianggotai parti bukan Islam namun ia tidak menyebabkan kedudukan agama Islam terancam, malah masyarakat di sini menolak mana-mana pihak yang cuba memainkan sentimen agama.

Beliau berpendapat, kerajaan negeri melaksanakan inisiatif perjuangan syiar Islam dengan baik tanpa mengabaikan agama lain, selaras dengan konsep Malaysia MADANI kerajaan Perpaduan.

“Pembangunan Islam yang saya nampak adalah pembinaan masjid, selain itu inisiatif seperti pertambahan elaun imam termasuk imbuhan sekali beri RM1,000 kepada penggali kubur di negeri ini… jadi tidak nampak sentimen keagamaan itu dimainkan malah kepelbagaian kaum diraikan,” katanya. 

Pengundi muda dari Serting, Jempol itu turut tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana pihak menggunakan sentimen agama untuk meraih undi pada musim Pilihan Raya Negeri ini kerana ia mampu meleraikan ukhuwah dan perpaduan rakyat negeri ini.

Selain itu, menurut Nur Zaireen Aina Zahafez, 23, yang menetap di Port Dickson sejak 2002, dia tidak pernah merasakan kedudukan Islam tergugat dan semua bangsa dapat hidup dengan harmoni serta saling menghormati. 

Antara usaha kerajaan negeri mengembangkan syiar Islam dalam tempoh lima tahun di bawah pimpinan Aminuddin termasuk meluluskan peruntukan RM52.1 juta bagi membina tujuh masjid serta RM17.69 juta untuk kerja menaik taraf serta menyelenggara surau dan masjid.

Peruntukan RM52.56 juta bagi pembangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) juga adalah lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. – 3 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related