Pengguna lebuh raya boleh pakai kad debit, kredit di Plaza Tol Putrajaya bermula esok

Maju Expressway Sdn Bhd (MESB), syarikat konsesi Lebuhraya MEX, adalah antara yang terawal akan melaksanakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka

7:49 PM MYT

Ā 

PUTRAJAYA – Pengguna lebuh raya boleh menggunakanĀ kad kredit atau kad debit di Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) yang akan melaksanakanĀ pengujian Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) di enam lorong bermula esok.

Bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan memantau pengujian SPT di Plaza Tol Putrajaya hari ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ini selaras dengan inisiatif kementerian itu untuk melaksanakan sistem tersebut secara berperingkat di 12 lebuh raya terpilih.Ā 

ā€œSPT membolehkan pengguna lebuh raya membayar menggunakan kad debit atau kad kredit sekali gus memberikan alternatif baharu dan kemudahan kepada pengguna dalam proses pembayaran tol selain kaedah sedia ada seperti Touch nā€™ Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID),ā€ katanya. 

Beliau berkata SPT akan dilaksana sepenuhnya di Lebuhraya MEX, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Terowong SMART, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP), Lebuhraya Besraya, Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Katanya pelaksanaan sepenuhnya SPT di 12 lebuh raya terbabit merangkumi 31 plaza tol dan 81 lorong.Ā 

Nanta berkata Maju Expressway Sdn Bhd (MESB), syarikat konsesi Lebuhraya MEX, adalah antara yang terawal akan melaksanakan sistem SPT dan pengujian sistem itu sudah bermula pada Julai 2023 bagi memastikan kesediaan serta kelancaran pelaksanaan operasi selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). 

ā€œPihak Kementerian Kerja Raya sentiasa dimaklumkan mengenai tahap kesediaan dan perkembangan pengujian yang kini dijalankan secara berperingkat oleh LLM bersama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya. 

ā€œPelaksanaan SPT harus dijalankan secara teliti dan terperinci dengan mengambil kira pelbagai proses libat urus seperti aspek teknikal, keselamatan, perundangan dan pengendalian rekod transaksi tol itu sendiri bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa diutamakan,ā€ katanya.

Beliau turut menasihatiĀ pengguna lebuh raya untuk memastikan baki kad debit dan kad kredit mencukupi sebelum digunakan untuk pembayaran tol selainĀ perlu menyentuh kad tempat yang ditetapkan pada terminal SPTĀ bagi memastikan pembayaran tol berjalan lancar. – 2 Ogos, 2023

Topics

Ā 

ā—‰ Hangat

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

In latest book ā€˜Saving the Planetā€™, Nik Nazmi makes urgent call for climate action

New book offers a Malaysian perspective on the global environmental crisis, highlighting economic and social stakes of climate change

Sports budget allocation: is popularity winning over performance in 2025 funding?

As RM15 million goes to football and RM20 million to e-sports, critics question whether funding priorities reflect merit or strong networks in Malaysian sports

ā—‰ Related