Bagi dia masa: Altimet pertahankan Baddrol Bakhtiar

Altimet memberikan kata-kata semangat kepada Baddrol selepas beliau dikecam netizen gara-gara memberi ucapan sambil melihat teks

1:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Apa sahaja yang dilakukan oleh Baddrol Bakhtiar selepas beliau menjadi calon untuk bertanding di DUN Gurun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, menjadi perhatian netizen.

Selepas tular video tentang Baddrol yang enggan mendedahkan manifestonya, terbaru satu lagi video menjadi tular di media sosial yang memaparkan bekas pemain bola sepak pasukan Kedah itu memberi ucapan sambil membaca teks.

Baddrol Bakhtiar dilihat memberi ucapan sambil membaca teks ketika menyertai program bersama penduduk di Gurun. – Gambar tangkap layar, 2 Ogos, 2023

Disebabkan itu, beliau telah ‘dibahan’ oleh netizen kerana dikatakan belum cukup layak untuk ‘bermain’ politik.

Video itu telah mendapat perhatian calon DUN Lembah Jaya mewakili gabungan PH-BN iaitu penyanyi rap, Altimet.

Dalam ciapan semula yang dibuat di akaun Twitter, Altimet telah memberikan kata-kata semangat buat Baddrol.

“Bagi dia masa. Semua orang mula dalam keadaan kurang mahir. Berucap ni satu ‘skill’ yang boleh asal dengan berlatih,” tulisnya dalam ciapan itu.

Ciapan bernada sokongan moral dari Altimet buat calon DUN Gurun, Baddrol Bakhtiar mendapat pujian netizen. – Gambar tangkap layar Twitter Altimet.eth, 2 Ogos, 2023

Baddrol kemudian dilihat telah memuatnaik semula gambar tangkap layar ciapan Altimet itu dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinannya.

“Insyaallah akan saya perbaiki. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam membantu rakyat di kawasan kita. Terima kasih Altimet. ‘Good Luck’,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Altimet kemudiannya telah membalas ucapan Baddrol itu dan menyampaikan hasrat untuk bertemu dengannya.

“Pelan-pelan kayuh sahabat. Ada rezeki, ada masa kita berjumpa. Insyaallah,” tulis Altimet.

Sementara itu, netizen dilihat gembira dengan hubungan baik di antara Altimet dan Baddrol yang saling menyokong di antara satu sama lain biarpun berlainan parti. – Scoop, 2 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related