Lebih 150 penggiat seni sertai majlis bacaan Yasin dan tahlil Karyawan

Karyawan akan membuat banyak lagi kerja amal untuk semua penggiat seni termasuk penulis, jurukamera, jurusolek artis dan lain-lain

9:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dengan kerjasama Surau Ibadurrahman, Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Lembah Pantai telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil buat insan seni yang telah meninggal dunia malam tadi. 

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata, mengikut perancangan awal dalam satu atau dua minggu ini Karyawan juga akan mengadakan kunjungan ke rumah artis yang susah antaranya seorang artis bernama Iqbal yang mempunyai masalah penglihatan dan akan dibantu.

Lebih 150 penggiat seni, rakan artis, wartawan dan ahli kariah masjid telah hadir di majlis itu yang  diadakan sempena Majlis Semarak Zulhijah. 

“Kami pernah buat majlis sempena Zulhijah sebelum ini, tetapi dah lama tidak buat,” kata Fernandez sambil menambah majlis bacaan Yasin dan tahlil itu diadakan sesuai pada waktunya berikutan terdapat beberapa rakan artis telah meninggal dunia baru-baru ini.

Fernandez berkata majlis bacaan Yasin dan tahlil itu diadakan sesuai pada waktunya berikutan terdapat beberapa rakan artis telah meninggal dunia baru-baru ini – Facebook Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi, 28 Jun, 2024

Penyanyi legenda Datuk Khatijah Ibrahim pula berkata kehadiran penggiat seni pada majlis bacaan Yasin dan tahlil itu sangat menggalakkan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa.

“Kita akan buat banyak lagi kerja amal untuk semua rakan seperjuangan termasuk dalam penulisan, jurukamera, jurusolek artis dan lain-lain,” katanya yang turut memberi sumbangan kepada pihak Surau Ibadurrahman malam ini.

Jurucakap majlis, Akhmarulizam Ahmad berkata antara insan seni yang telah meninggal dunia dan didoakan dalam majlis tahlil itu ialah wartawan hiburan terkenal Allahyarham Kamal Huzaini Kamaludin serta artis veteran Datuk Hail Amir, Pyan Habib dan Jaafar Onn.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia berkata majlis tahlil ini juga untuk penduduk PPR Kampung Limau.

Fernandez berkata Surau Ibadurrahman dipilih sebagai lokasi majlis kerana ia merupakan masjid kesukaan Allahyarham Kamal Huzaini atau mesra dipanggil Huzz yang meninggal dunia pada 8 Jun lepas.

“Ia satu nostalgia buat kami dalam mengingati beliau, seorang wartawan yang sangat berhemah. Selama menjadi artis, saya selesa dengan arwah dan senang hati apabila ditemu ramah oleh beliau,” tambah Khatijah.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan solat maghrib disusuli dengan solat hajat dan bacaan Yasin serta tahlil bagi memperingati insan seni yang meninggal dunia.

Hadir sama Timbalan Presiden Karyawan, Radhi Khalid. – 28 Jun, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

‘Bagi duit hari Jumaat, tiga hari selepas itu diminta pindah’ penduduk Kg Sri Makmur Gombak luah kekecewaan

Penduduk mendakwa hanya diberi duit pampasan RM1,000 pada Jumaat tetapi sudah diusir keluar pada Isnin

Tow truck, tour bus service raise fees after diesel price hike

Some businesses with vehicles not eligible for continued subsidies begin charging more

Related