Aliff Aziz sudah sedia munculkan diri promosi drama Terjerat

Drama bersiri 12 episod arahan Azmi Hatta yang mengangkat isu mengenai kaki judi itu bakal ditayangkan di platform OTT, iQIYI pada 21 Jun ini

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Aliff Aziz yang sebelum ini mencetuskan kontroversi bersama Ruhainies tatkala menjayakan pembikinan drama bersiri Terjerat sudah bersedia untuk memunculkan diri demi mempromosikan karya baharu iQIYI Original itu.

Apatah lagi bila drama bersiri 12 episod arahan Azmi Hatta yang mengangkat isu mengenai kaki judi itu bakal ditayangkan di platform OTT iQIYI pada 21 Jun ini.

Membawakan watak Faliq, Aliff mengakui bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh pihak iQIYI dan produksi Terjerat untuk menjayakan pembikinan drama tersebut.

“⁠Terdapat banyak mesej yang terkandung sepanjang naskhah ini yang saya rasa semua penonton perlu ambilnya sebagai peringatan.

“Sebagai Faliq, kehidupan susah dan senang yang pernah dilaluinya sebelum ini telah membentuk karakternya, antaranya menjadi keras hati.

“Secara peribadi, saya merasakan ⁠Terjerat merupakan satu naskhah yang menarik kerana ia mempunyai banyak plot twist yang akan membuat penonton teruja dan saya sudah bersedia untuk promosikan drama ini kepada penonton,” katanya.

Sepanjang tercetusnya kontroversi dengan Ruhainies sehingga menyebabkan rumah tangganya dengan Bella Astilah bergolak sehingga berakhir dengan perceraian, Aliff berjaya bersikap profesional dalam melunaskan segala kerjaya lakonannya di dalam pembikinan drama tersebut.

Sementara itu, Fendy Bakry yang membawakan watak Izham berharap mesej yang disampaikan dalam Terjerat dapat membantu atau menjadi teladan dalam kehidupan harian masyarakat kita.

“Besar harapan saya agar mesej yang disampaikan dalam Terjerat dapat membantu atau menjadi teladan dalam kehidupan harian masyarakat kita.

“Hal ini kerana sebagai Izham yang memainkan watak kaki judi, perkara ini (judi) kerana segala jenis kejahatan yang serius seperti pembunuhan misalnya boleh bermula daripada sikap buruk berjudi.

“Walau sukar atau payah kehidupan dengan desakan ekonomi dan taraf hidup, jauhilah judi. Jika kita berfikir boleh mendapatkan wang mudah dengan berjudi tapi impak buruk menanti anda di kemudian hari.

“Jangan berjudi dan elakkan berjudi. Carilah sumber rezeki yang halal kerana kita mahukan keberkatan dalam institusi kekeluargaan. Usah hanya pandai menanam tebu di bibir tapi perlakuan kita kurang. Utamakan apa yang perlu diutamakan iaitu Allah dan insya-Allah, Allah akan menjaga yang lainnya,” kata Fendy. – 19 Jun, 2024
 
Gambar: PR
Caption: Pelakon Aliff Aziz yang sebelum ini dibelenggu dengan pelbagai konflik peribadi sudah bersedia untuk mempromosikan drama Terjerat, manakala Fendy Bakar pula berharap isu mengenai kaki judi yang cuba diangkat di dalam drama ini dapat dijadikan teladan buat penonton.

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related