Elak kandungan merapu dan mengemis, KamiSempoi komited sedia latihan asah bakat hos TikTok live

KamiSempoi International Agency (KSIA) diiktiraf sebagai ‘No. 1 Platinum Agency’ di Malaysia serta ‘Top 5 TikTok Agency’ di Asia Tenggara

10:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kandungan merapu, tidak senonoh dan bersifat mengemis dihasilkan segelintir hos TikTok live demi mendapatkan hadiah atau bayaran daripada pengikut di platform tersebut.

Menyedari hakikat ini, KamiSempoi International Agency (KSIA) iaitu syarikat agensi TikTok tempatan semakin komited untuk memastikan hos mereka sentiasa menghasilkan kandungan hiburan yang menarik, bermutu serta bermanfaat.

Pengasas KamiSempoi International Agency (KSIA), To Chin Swee (kiri) atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee bersama salah seorang duta KSIA, pelakon Riezman Khuzaimi. – Gambar PR, 3 Mei, 2024

Malah pengiktirafan KSIA sebagai ‘No. 1 Platinum Agency’ di Malaysia serta ‘Top 5 TikTok Agency’ di Asia Tenggara turut membantu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai syarikat agensi TikTok tempatan terbesar dengan dinaungi 1300 hos live di negara ini.

KSIA juga berjaya meluaskan empayar mereka di Singapura dan Indonesia dengan memiliki 100 hos live di Singapura dan 550 lagi di Indonesia serta 21 sub agensi secara keseluruhannya.

Pengasasnya, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee berkata, pihaknya berbangga dengan kejayaan yang dicapai dalam tempoh singkat selepas mereka mula beroperasi pada Disember 2021.

“Apa yang membezakan KSIA dengan agensi lain adalah kami tidak putus-putus mengadakan latihan percuma kepada hos TikTok kami sama ada yang bernaung di bawah KSIA atau sub agensi kami.

“Latihan ini adalah untuk mengasah bakat TikToker mencipta kandungan, bagaimana mereka boleh ‘engaged’ dengan pengikut dan menjadikan platform TikTok sebagai satu sumber pendapatan,” katanya pada sidang media KamiSempoi Golden Award 2023 baru-baru ini.

Hos KSIA terdiri daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia iaitu daripada kalangan selebriti, profesional, usahawan, pelajar, suri rumah sehinggalah orang kurang upaya (OKU). – Gambar PR, 3 Mei, 2024

Pakcik Chin Swee yang juga seorang pempengaruh TikTok berkata, latihan yang disediakan itu sangat penting kerana mereka mahu mengelakkan hos menghasilkan kandungan hiburan tidak berfaedah.

“Kalau kita tonton di TikTok sejak akhir-akhir ini, kita dapat lihat ada pempengaruh yang hasilkan kandungan bersifat mengemis. Kalau boleh kita mahu elakkan hos daripada membuat kandungan sebegini.

“Jadi, kita kena selalu ‘guide’ (bimbing) serta membantu mereka memahami garis panduan yang ditetapkan kerana garis panduan komuniti TikTok amat ketat. Nak kena ban (sekat) cukup senang,” katanya.

Lebih membanggakan, kata Pakcik Chin Swee, hos mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia iaitu daripada kalangan selebriti, profesional, usahawan, pelajar, suri rumah sehinggalah orang kurang upaya (OKU).

“Ada yang menjadi hos live secara sambilan. Ada juga menjadikan ia sebagai kerjaya sepenuh masa mereka.

“Ada pula yang bermula sebagai hos live secara sambilan tapi kemudian meninggalkan kerjaya profesional mereka dan menjadi hos sepenuh masa.

“Selalunya keadaan ini berlaku apabila mereka sudah mula nampak apa yang mereka lakukan ini boleh menjana pendapatan yang banyak,” katanya.

Ketika ini, KSIA memiliki lebih 30 selebriti sebagai hos TikTok live mereka.

Antaranya adalah pelakon Riezman Khuzaimi atau lebih dikenali sebagai Abang Don, Nita Hamzah Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Nadia Musthapa dan Achong Sweetchild. – 3 Mei, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Controversy continues: Akmal detained upon arrival at Kota Kinabalu airport

Announcing his detention on Facebook today, Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh said he will not budge from his stand over the “Allah”-printed sock issue.

Related