Kuzai pilihan kami dari awal, penganjur perjelas isu pemilihan jurutera bunyi konsert Search

Big Stage Entertainment Channel selaku penganjur memaklumkan pemilihan tim produksi dan teknikal untuk konsert ini ditentukan pihak mereka, bukannya Search

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak penganjur Big Stage Entertainment Channel tidak pernah menyenarai pendek nama Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi Konsert Search ‘Gemuruh’ yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

Wakil Big Stage Entertainment Channel, Sandakiah Aziz berkata, sejak dari awal peringkat perbincangan untuk menerbitkan konsert itu lagi, pilihan pertama mereka adalah Kuzai dan bukannya Rahmad Ayob.

“Malah, memang tiada komen di pihak Kid dan Din (Kiddin) Search bahawa mereka akan lantik dia (Rahmad) sebagai jurutera bunyi dalam grup WhatsApp teknikal Konsert Search Gemuruh.

“Kiddin hanya sekadar maklumkan secara umum bahawa ada konsert Search pada 29 Jun dan latihan akan dibuat di studio Awie. Sekadar itu sahaja.

“Dalam WhatsApp peribadi Din dan Rahmad yang terbaharu juga sekadar menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya. Selain itu, tidak ada sebut apa-apa untuk melantik dia menjadi jurutera bunyi,” katanya.

Sebagai penganjur konsert, Big Stage Entertainment Channel bertanggungjawab menentukan tim produksi dan teknikal, termasuk dalam pemilihan Kuzai (gambar). – Gambar Facebook, 29 April, 2024

Menurut Sandakiah, sebagai penganjur, pihaknya berpendapat terdapat salah faham di pihak Rahmad berhubung isu tersebut.

“Bahkan, pemilihan tim produksi dan teknikal untuk konsert ini ditentukan sendiri pihak kami sebagai penganjur dan bukannya Search.

“Keputusan Rahmad membatalkan dua hingga tiga job juga adalah kesilapannya kerana dia tidak mempunyai sebarang kontrak dengan Search,” katanya.

Terdahulu, Rahmad menganggap tindakan Kid dan Din sebagai tidak telus apabila mereka menggunakan khidmat jurutera bunyi lain tanpa pengetahuannya dalam konsert terbaharu Search.

Meluahkan perkara itu melalui media sosialnya, Rahmad yang pernah menganggotai kumpulan rock Kamikaze berkata, dia terpaksa bersuara kerana sudah banyak kali ‘terkena’ dan sering diperlakukan sebegitu.

Menurut penganjur, tindakan Rahmad membatalkan tawaran lain adalah kesilapannya sendiri kerana dia tidak mempunyai sebarang kontrak dengan Search. – Gambar Rahmad Ayob, 29 April, 2024

Ahli kumpulan Search, Nordin Mohd Taib (Din) dan Hamzah Mohd Taib (Kid) mengakui terkilan dan sedih dengan tindakan Rahmad yang meluahkan rasa tidak puas hatinya di media sosial terhadap pemilihan jurutera bunyi lain dalam konsert terbaharu Search.

Menganggap tindakan Rahmad sebagai tidak matang dan kebudak-budakkan, Din berkata, sememangnya tiada sebarang kontrak atau perjanjian melibatkan pemain bass Kamikaze itu sebagai jurutera bunyi dalam konsert terbaharu Search.

“Kalau kita dapat sesuatu job, mesti ada deposit menandakan job itu sahih. Tapi, bila tiada deposit awak akan pertimbangkan tak job itu?,” soalnya.

Konsert Search ‘Gemuruh’ akan menampilkan Kid dan Din bersama Min (dram) dan Rozaimie (pemain bass Barbarik sebagai Sessionist) serta Amir Masdi sebagai penyanyi undangan.

Segmen persembahan khas pula akan menampilkan Ritz Metalasia, Muzza, Addy Cradle, Rozario Rasul, Ujang Exist, Fly Halizor dan Jovita Pearl (X Factor Indonesia).

Konsert anjuran Big Stage Entertainment Channel dengan kerjasama MyMuzik Sendiri Entertainment ini dijangka berlangsung selama dua jam 30 minit dengan persembahan 16 lagu tanpa henti. – 29 April, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Boycotted due to KK Mart name mix-up, Kedah seafood shop ‘shell’-shocked

Nur Hamidah, the owner of KK Fresh Mart in Kedah, clarified that the acronym stood for Kuala Kedah Fresh Mart, emphasising no association with KK Mart. 

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Related