‘Apa perasaan anda kalau berada di tempat saya?’: Rahmad Ayob kecewa Kid dan Din Search tidak telus

Menurut Rahmad, dia terpaksa menyuarakan perkara itu kerana ia adalah sesuatu yang tidak sihat dalam industri muzik tanah air

3:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jurutera bunyi dan pemuzik profesional, Rahmad Ayob menganggap tindakan pemuzik Kid dan Din sebagai tidak telus apabila mereka menggunakan khidmat jurutera bunyi lain tanpa pengetahuannya dalam konsert terbaharu Search.

Meluahkan perkara itu melalui media sosialnya, Rahmad yang pernah menganggotai kumpulan rock Kamikaze berkata, dia terpaksa menyuarakan perkara itu kerana sudah banyak kali ‘terkena’ dan sering diperlakukan sebegitu.

“Saya tidak kisah siapa pun yang buat ‘sound’ untuk konsert Search (Kiddin). Bagi saya itu rezeki masing-masing.

“Tapi, sepatutnya bagitaulah saya dari awal jika mereka mahu menggunakan Kuzai sebagai jurutera bunyi. Sebab, saya dah tolak dua tiga ‘job’ untuk bagi laluan kepada konsert Search pada 29 Jun ini.

“Jika mereka bagitahu saya lebih awal, saya boleh fokus dengan kerja lain. Saya hanya dapat tahu mereka gunakan khidmat jurutera bunyi lain pun menerusi TikTok penganjur, Big Stage Entertainment bila lihat mereka bawa Kuzai melawat Zepp. Jadi saya nak tanya, apa perasaan anda semua, kalau berada di tempat saya?” katanya.

Menurut Rahmad lagi, penglibatannya bersama Kiddin bermula selepas Amy mengumumkan pengunduran daripada Search pada Mac 2020.

“Selepas Amy membuat pengumuman tersebut, Search merancang mengadakan konsert dengan menampilkan Datuk Awie sebagai vokalisnya. Mereka dah buat pun sidang media tetapi konsert itu tidak dapat dilaksanakan kerana PKP.

“Kemudian, Kiddin merancang buat show di Melaka untuk kutip derma bagi membantu arwah isteri Kid, show itu saya buat dan selepas itu, mereka cakap selepas ini apa sahaja berkaitan dengan teknikal, saya pegang.

“Tapi, masa mereka buat konsert di Rooftop Campbell pada 2021, saya patut buat tetapi bukan rezeki saya. Job itu team Kuzai yang buat termasuklah di Penang, konsert Double Trouble 2 di Malawati,” katanya.

Rahmad (tengah) bersama adik beradik Kid (kiri) dan Din. – Gambar Facebook Rahmad Ayob, 28 April, 2024

Jelas Rahmad, Kiddin kemudian kembali menggunakan khidmatnya sebagai jurutera bunyi untuk konsert di Singapura, Kuantan dan Johor Bahru.

“Sepatutnya di Sabah dan Sarawak tapi malangnya projek konsert itu dibatalkan,” katanya.

Katanya, Kiddin kemudian memaklumkan kepadanya bahawa mereka sedang berbincang mengenai konsert Search di Zepp.

“Saya tunggu, sampailah dia orang umumkan di Facebook yang dia orang akan buat konsert di Zepp KL pada 29 Jun. Saya pun dah standby (bersedia) dan kosongkan tarikh 29 Jun. Saya juga berada di dalam grup Whatsapp teknikal Search dan di dalam grup itu mereka ada bincang pasal mereka akan mula buat latihan sekian hari bulan di studio Datuk Awie.

“Saya jawab kalau saya ‘free’, saya akan datang sebab saya duduk di Melaka. Saya ingat okaylah. Sampailah tiga hari lepas, saya tengok di akaun TikTok mereka bawa jurutera bunyi lain melawat Zepp.

“Saya pun tertanya, apa cerita ni? Siapa buat sound sebenarnya ni. Bila saya tanya di dalam grup WhatsApps, barulah mereka nak bagitau saya, pihak penganjur mahukan Kuzai,” katanya.

Tambah Rahmad, dia juga terpaksa menyuarakan perkara itu kerana ia adalah sesuatu yang tidak sihat di dalam industri muzik tanah air.

“Sebelum ni, bila saya buat apa pun, bila saya kena, saya diamkan saja. Tapi, saya nak lihat industri kita bertambah maju sebab kita sudah jauh ketinggalan.

“Saya harap selepas ini pihak pengurusan Kid dan Din akan jadi lebih teratur serta lebih telus lagi,” katanya.

Rahmad memulakan kerjaya seninya sebagai pemain bass bersama Ruhil & Metal Child pada tahun 1987 dan kemudian bekerja di Studio Babybossmilik Mac Chew dan Jenny Chin sebagai Recording Engineer pada 1990.

Sehingga kini, Rahmad masih aktif menjadi Live Sound Engineer untuk konsert, penerbit album serta Mixing Engineer kepada artis tempatan dan antarabangsa. – 28 April, 2024

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Ex-Boustead Naval Shipyard managing director files application to dismiss CBT charges, cites poor health

Former navy chief is accused of fraudulently approving payments of RM21.08 million to three firms without board approval

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related