Pendapatan industri muzik 2023 capai RM303.89 juta hasil peningkatan 53% jualan digital

Jumlah RM303.89 juta itu juga berjaya dicapai melalui peningkatan 70% hasil kutipan Organisasi Pengurusan Kolektif daripada PPM, MACP dan RPM

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendapatan industri muzik tempatan meningkat sebanyak 57% bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini dan pada tahun lalu, ia mencapai RM303.89 juta iaitu jumlah pendapatan tertinggi dalam sejarah, sekali gus memecahkan rekod RM300 juta yang dicatat pada 1998.

Pencapaian itu disumbang melalui peningkatan 53% pendapatan jualan digital dan peningkatan 70% kutipan Organisasi Pengurusan Kolektif daripada Public Performnacers Malaysia (PPM), Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) dan Recording Performers Malaysia Berhad (RPM).
 
Selain mencatat pendapatan industri yang lebih tinggi, dua artis tempatan iaitu Ernie Zakri dan kumpulan Dolla melebarkan sayap ke luar negara. 

Ernie Zakri berjaya mengungguli carta stesen radio Gen 98.7 fm di Indonesia dengan lagu duet bersama penyanyi Indonesia, Govinda berjudul Masing Masing, manakala Dolla berjaya mewakili Malaysia dalam program realiti popular ‘Show It All’ di China.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi Persatuan Industri Muzik Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata, penggiat industri muzik tempatan bergantung kepada pendapatan royalti daripada penjualan dan penggunaan rakaman lagu yang mengandungi hasil kerja mereka. 

“Oleh itu, memanjangkan tempoh perlindungan hak cipta untuk rakaman bunyi dan karya lagu dari 50 tahun ketika ini kepada 70 tahun atau lebih amat mustahak agar penggiat industri muzik terus memperoleh royalti daripada hasil kerja mereka.

“Pindaan ini perlu mengambil kira peningkatan jangka hayat penghibur yang semakin ramai melepasi tempoh hak cipta rakaman awal mereka dengan tempoh perlindungan hak cipta semasa selama hanya 50 tahun.

“Di banyak negara, tempoh perlindungan hak cipta dilanjutkan kepada lebih 50 tahun. Setakat ini, 73 negara melanjutkan tempoh hak cipta rakaman bunyi dan karya lagu selama sekurang-kurangnya 70 tahun.

“Ini termasuk 17 daripada 20 pasaran muzik teratas (dari segi hasil perdagangan) dunia yang turut merangkumi beberapa rakan dagangan utama Malaysia seperti Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun,” katanya pada Majlis Sumbangan Rahmah Industri Muzik 2024 anjuran RIM bersama PPM, baru-baru ini.

Menurut Rosmin, tanpa lanjutan perlindungan hak cipta, lagu-lagu malar hijau Malaysia tahun 70-an (seperti rakaman Allahyarham Sudirman, Allahyarhamah Sharifah Aini, Black Dog Bone, Carefree, Flybaits dan Alleycats) yang masih popular akan kehilangan perlindungan hak cipta dan pendapatan royalti.

“Kami berharap kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dapat beri pertimbangan terhadap permohonan pihak industri muzik untuk memanjangkan tempoh perlindungan hak cipta kepada 70 tahun.

“Apatah lagi industri muzik turut menyumbang kepada ekonomi negara. Menurut laporan Price Waterhouse Coopers bagi 2016-2020, pelaburan industri muzik menyumbang RM8.6 bilion setahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan secara purata menyokong 111,000 pekerjaan setahun serta cukai sebanyak RM210 juta setahun,” katanya.

Tambah beliau, pasukan anti cetak rompak RIM berusaha memastikan lagu-lagu pemegang hak cipta tidak disalahguna oleh lanun cetak rompak yang menjual ‘pendrive’ atau mesin karaoke mengandungi lagu-lagu ahli RIM tanpa izin di e-pasaran seperti Shopee, Lazada dan Facebook atau perkongsian lagu-lagu tanpa izin di laman ‘stream ripping’ dan sebagainya.

Mengulas mengenai program amal Sumbangan Rahmah Industri Muzik yang dianjurkan RIM bersama PPM, Rosmin berkata, sebanyak RM100,000 diperuntukkan dalam setahun untuk membantu penggiat industri muzik yang menghadapi kesempitan hidup atau masalah kesihatan.

“Program amal ini merupakan kesinambungan daripada penubuhan tabung kecemasan RIM semasa tempoh pandemik sebelum ini dengan dana awal berjumlah RM50,000 bagi membantu penggiat industri muzik yang terkesan,” katanya. – 24 April, 2024

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Tragedi Sg Balak: Tekad bapa selamatkan dua anak tak kesampaian, malah turut terkorban

Isteri mangsa yang berada di tepi sungai menarik suaminya ke darat dan memberi bantuan CPR tapi mangsa tidak memberi respons, dia juga menarik dua anaknya selepas mereka timbul, namun kedua-duanya sudah tidak bernyawa.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related