Penyanyi lagu ‘Ratnaku’ Roy jadi penyanyi jalanan biaya kos rawatan diabetes kronik

Pendapatan yang diperolehi hasil menyanyi di jalanan itu digunakan untuk menampung kos perubatannya

6:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meskipun berdepan dengan masalah kesihatan termasuk menghidap penyakit diabetes kronik, namun penyanyi veteran, Mohammed Rauzan Alwi atau lebih dikenali sebagai Roy, tidak mempunyai pilihan selain terpaksa terus menyanyi, demi mencari rezeki.

Roy, 60, yang popular dengan lagu Ratnaku serta lagu-lagu patriotik, kini meneruskan kehidupan dengan menyanyi secara busking di pusat beli-belah di ibu kota dan menjadikan ia sebagai punca rezeki.

Jelasnya, pendapatan yang diperolehi hasil menyanyi di jalanan itu digunakan untuk menampung kos perubatannya.

“Mujurlah kaki saya tidak perlu dipotong semasa pembedahan pada 5 April lalu tetapi saya perlu mendapatkan suntikan antibiotik kerana tulang kaki pernah pecah,’’ katanya ketika ditemui di Majlis Sumbangan Rahmah Industri Muzik 2024 anjuran RIM bersama PPM, baru-baru ini.

Namun Roy, yang pernah mengganggotai kumpulan Lefhanded berkata, dia masih memerlukan bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan untuk proses mencuci luka akibat kencing manis, yang menelan kos yang tinggi.

Proses rawatan itu, ujarnya, perlu dilakukan setiap dua kali seminggu dan kos setiap kali rawatan adalah RM400.

“Sebelum ini, saya ada meminta sumbangan dari orang ramai di media sosial apabila terpaksa membuat pembedahan kaki kerana kos yang diperlukan adalah RM20,000.

“Saya juga perlu pakai kasut khas kerana sakit sangat di bahagian kaki. Seluruh kaki saya terasa seperti mencengkam dan mencucuk sehingga saya terpaksa jalan menggunakan tongkat,’’ katanya.

Pada 5 April lalu, ibu jari kaki kanan Roy mengalami jangkitan kuman dan terpaksa menjalani pembedahan di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur.

Roy juga pernah dimasukkan ke hospital selama tiga minggu kerana mengalami retak di antara sambungan tulang pinggul pada Januari 2021 akibat terjatuh ketika hendak mengambil wuduk.

Dia juga pernah dijangkiti Covid-19 tahap empat dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. – 23 April, 2024

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Tragedi Sg Balak: Tekad bapa selamatkan dua anak tak kesampaian, malah turut terkorban

Isteri mangsa yang berada di tepi sungai menarik suaminya ke darat dan memberi bantuan CPR tapi mangsa tidak memberi respons, dia juga menarik dua anaknya selepas mereka timbul, namun kedua-duanya sudah tidak bernyawa.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related