10 lagu Ramadan nasyid era 90-an ini kembalikan nostalgia kemuliaan bulan penuh barakah

Lagu Ramadan mula mendapat tempat di Malaysia apabila kumpulan Raihan, Hijjaz, Rabbani dan Brothers mula menghasilkan dan merakamnya pada era itu

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Lagu berkaitan dengan keberkatan dan kemuliaan Ramadan bukanlah popular di negara ini seperti mana lagu raya.

Namun, lagu Ramadan juga sebenarnya mempunyai kekuatan sendiri kerana ia dapat menambah semangat keagamaan serta mengajak kita meningkatkan keimanan.

Bahkan, ia mampu menyuntik inspirasi dan motivasi kepada umat Islam untuk menghayati erti sebenar Ramadan, selain menjalani ibadah rukun Islam ketiga ini dengan penuh ketakwaan serta kesabaran.

Lagu Ramadan hanya betul-betul popular di negara ini apabila beberapa kumpulan nasyid popular seperti Raihan, Hijjaz dan Rabbani mula mengambil inisiatif menghasilkannya bermula lewat era 90-an.

Jom ikuti himpunan lagu Ramadan disenaraikan Scoop yang masih hit dan popular hingga sekarang sebagai mengimbau nostalgia.

Harapan Ramadhan – Raihan

Antara lagu Ramadan popular. Harapan Ramadan menyaksikan kolaborasi Raihan bersama penyanyi Man Bai yang juga vokalis kumpulan Gersang.

Mesej di sebalik lagu ini membawa harapan agar Ramadan kali ini membawa makna kepada umat Islam agar ibadah dijalani pada bulan ini berakhir dengan sempurna.

Lagu ini adalah ciptaan Man Bai bersama Farihin Abdul Fatah dan ia pernah dirakamkan semula penyanyi Naufal Isa yang mana versinya lebih moderate berbanding versi asal.

Puasa Dulu Baru Raya – Raihan

Lagu Ramadan daripada Raihan ini memang sesuai dihayati semua orang, terutama golongan kanak-kanak. Menerusi lagu ini, niat berpuasa bukan saja diselitkan, malah menyatakan perkara yang mendatangkan pahala pada bulan puasa.

Antaranya seperti sedekah, membaca Al-Quran, berselawat ke atas Rasulullah SAW serta perkara wajib seperti membayar zakat fitrah.

Hijjaz- Ramadhan Bulan Berkat

Ramadan sememangnya bulan penuh keberkatan dan itu yang cuba disampaikan Hijjaz. Misalnya, jika kita menghindarkan dosa di setiap anggota badan dan memperbanyakkan doa serta membaca zikir, banyak pahala boleh kita kumpul.

Rahmat Ramadan – Hijjaz

Sebuah lagu lagu daripada Hijjaz. Lagu ini juga menyatakan kehebatan Ramadan kerana pada bulan inilah Al-Quran diturunkan, pintu neraka ditutup serta syaitan dan iblis diikat daripada menggoda manusia.

Nasihat Ramadhan – Hijjaz

Di antara lagu Ramadan daripada Hijjaz, lagu Nasihat Ramadhan ini sedikit berbeza kerana ia menyuntik irama Melayu tradisional. Ia mengingatkan umat Islam agar jangan lalai melakukan ibadah supaya dapat membersihkan hati dan diri, selain tidak melupakan mereka yang tidak berkemampuan.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan – Rabbani

Ada yang masih rindukan suara vokalis utama Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim? Jika ada, apa kata anda dengar lagu ini yang turut mengingatkan kita semua mengenai keberkatan Ramadan.

Ia menasihatkan kita supaya tidak mensia-siakan Ramadan dengan membuang masa, sebaliknya kita digalakkan melakukan pelbagai ibadah yang mendatangkan pahala.

Hikmah Ramadhan – Rabbani
Menerusi lagu ini, Rabbani mengajak kita semua memanjatkan kesyukuran apabila kembalinya semula ramadan yang membawa pelbagai hikmah dan pengajaran kerana ia bukan sahaja mendidik jiwa tetapi juga adab dan akhlak dalam segala aspek kehidupan.

Ramadhan – Brothers

Kumpulan Brothers mengambil pendekatan lebih moden apabila menghasilkan lagu Ramadan mereka ini.

Melalui lagu ini, Brothers menyampai mesej bahawa Ramadan adalah satu anugerah daripada Ilahi kerana ia mengajar kita erti kesabaran dan kesetiaan dalam melakukan apa diperintahkan Allah, selain meninggalkan apa dilarang.

Lagu ini juga dirakamkan semula Amin Idris & The Brothers menampilkan Mirwana dan Nowseeheart pada 1997. Menerusi versi baharu ini, muziknya lebih minimalis dan lebih menonjolkan vokal setiap penyanyinya.

Kemuliaan Ramadan – Inteam Featuring Unic

Ketika lagu ini dirakamkan, suami Ina Naim, iaitu Allahyarham Suhaimi Saad masih menganggotai kumpulan InTeam yang kini ejaannya ditukar kepada Inteam.

Berkolaborasi bersama Unic, lagu ini juga membawakan mesej mengenai ibadah puasa yang mendidik jiwa kita dalan mengawal nafsu dan pancaindera.

Ae-man – Ramadhan Bulan Puasa

Dalam arena nasyid, kita juga punya kumpulan kanak-kanak yang menamakan diri mereka, Ae-man. Menerusi lagu ini, Ae-man mengingatkan rakan sebaya bahawa jika mereka sabar menghadapi ujian dan taat pada perintah Allah SWT, mereka akan diberikan pahala serta balasan syurga. – 24 Mac, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

‘Kucing cari Sivasutan dalam bilik hari ini,’ kata bapa mangsa nahas helikopter Lumut

‘‘Dia sangat sayangkan kucing, malah hari ini kucing naik tangga cari dia dalam bilik,’’ kata M. Thanjappan, 61 ketika menceritakan mengenai anaknya, mendiang T Sivasutan yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, semalam.

Related