Adakah kita sudah melakukan yang cukup untuk majukan seni persembahan di negara ini?: Low Ngai Yuen

Ngai Yuen juga meluahkan kerisauannya mengenai sikap generasi muda yang terlalu cenderung mengamalkan gaya hidup segera

5:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun melihat banyak peningkatan melalui hasil kerja serta idea dan kreativiti yang ditonjolkan melalui karya baharu sepanjang tahun lalu, namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk memajukan seni persembahan di negara ini.

Bercakap kepada Scoop, Presiden Kakiseni, Low Ngai Yuen berkata, sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam menggerakkan persatuan yang menyokong dan mempromosikan seni dan budaya di negara ini, tahun ini disifatkannya sebagai tahun mencabar dalam usaha menilai dan mencerminkan diri mereka sebagai sebuah persatuan.

“Satu perkara yang perlu kita sedar, sebahagian daripada pengamal atau pengkarya yang terlibat secara langsung di dalam pementasan atau di belakang tabir adalah dalam kalangan orang muda.

“Adakah kita sudah membuat yang secukupnya untuk mereka? Pengamal atau pengkarya daripada golongan senior pula bertanya, apakah yang boleh mereka lakukan untuk membantu golongan pengamal generasi muda ini agar semua dapat memainkan peranan dalam memajukan dunia seni persembahan?

“Sebab seni persembahan bukanlah untuk satu generasi sahaja. Pada satu ketika, ia memerlukan pertembungan generasi ini.

“Jadi, ia membuatkan saya terfikir, adakah kita sudah melakukan secukupnya atau adakah ia tidak cukup dilakukan? Bolehkah kita buat lebih lagi?,” soalnya sewaktu ditemui di majlis pengumuman pencalonan edisi ke-19 Anugerah Seni Boh Cameronian, baru-baru ini.

Menurut Ngai Yuen, sepanjang 20 tahun lebih Kakiseni ditubuhkan, dia juga dapat melihat daya kreativiti yang berbeza di antara pemain industri muda dengan senior.

Ngai Yuen meluahkan kerisauan terhadap sikap generasi muda yang terlalu cenderung mengamalkan gaya hidup segera kerana ia turut menyumbang kepada daya kreativiti serta cara mereka bekerja dalam berkarya. – Gambar PR, 22 Mac, 2024

“Sedangkan kreativiti dengan mereka yang sebaya saja sudah berbeza, apatah lagi kalau ada perbezaan dari sudut generasi, budaya dan usia. Bagi saya, yang amat berbeza adalah ukuran masa di antara mereka.

“Pemain industri senior sanggup mengambil masa enam bulan atau setahun setengah untuk menghabiskan karya mereka. Mereka akan menilai karya mereka dengan melalui pelbagai proses, kemudian baru mementaskannya.

“Tapi bagi pengkarya muda pula, mereka hanya mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan skrip dan mereka juga yakin untuk mementaskannya dalam waktu terdekat.

“Bagi saya ini bukan siapa yang lebih atau tidak cukup baik, tapi ada ketikanya kita perlu lihat bagaimana kita harus seimbangkan kedua-dua ini. Enam bulan atau setahun setengah terlalu panjang dan tiga hari pula terlalu pendek,” katanya.

Disebabkan ini, Ngai Yuen turut meluahkan kerisauannya mengenai sikap generasi muda yang terlalu cenderung mengamalkan gaya hidup segera kerana ia turut menyumbang kepada daya kreativiti serta cara mereka bekerja dalam berkarya.

“Untuk itu, kita akan buat pelbagai sesi berbeza melalui pertembungan generasi dan budaya secara santai. Melalui kesemua sesi ini, kita mahu dedahkan kepada pemain senior, bagaimana pemain muda berfikir dan bekerja.

“Pada masa yang sama, kita juga mahu pemain muda untuk melihat disiplin pemain senior dalam bekerja dan apa yang dimaksudkan apabila mereka memberitahu bahawa anda perlukan proses yang lebih panjang dalam berkarya. Ini juga adalah satu proses pembelajaran buat mereka,” katanya. – 22 Mac, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

MACC serves Mokhzani Mahathir with asset declaration notice

MACC Chief Commissioner Tan Sri Azam Baki, when contacted by Scoop, confirmed that the commission had summoned the individual and that the investigation was being conducted under the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorist Financing and Proceeds of Unlawful Activities (AMLATFPUAA) Act 2001. 

Related