Selesai hubungan ‘dingin’ MCA-DAP, kerjasama PH-BN lebih padu menuju PRU-16: Penganalisis

Sudah sampai masanya MCA, DAP dan parti-parti yang mewakili Cina, duduk semeja cari penyelesaian terbaik

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hubungan ‘dingin’ antara MCA dan DAP antara fokus utama yang perlu diselesaikan pimpinan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam memastikan kerjasama gabungan itu terus mantap dan padu mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Malah Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai bijak dan berani apabila memaklumkan lebih awal bahawa BN akan terus bekerjasama bersama PH dalam PRU16.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Rusdi Omar. – Gambar UUM, 1 Julai, 2024

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Rusdi Omar berkata, biarpun masih ada ‘kerenggangan’ dalam hubungan parti komponen, MCA terutamanya perlu akur dengan keputusan Pengerusi BN itu.

“Sudah sampai masanya MCA, DAP dan parti-parti yang mewakili Cina, duduk semeja cari penyelesaian terbaik, kalau betul-betul nak mewujudkan kerjasama. Sehingga hari ini kita tidak nampak pemimpin DAP dan MCA boleh bekerjasama.

“Ini peranan Perdana Menteri, Kabinet, pengerusi, ahli majlis tertinggi mana-mana parti untuk duduk bersama dan cari penyelesaian terbaik kalau betul-betul mahu mewujudkan kerjasama padu antara PH dan BN.

“DAP kena kompromi dari segi kerusi di kawasan Cina dengan MCA, tanpa kompromi ini tidak nampak MCA akan bersama untuk bergerak ke hadapan,” katanya kepada Scoop hari ini.

Semalam Ahmad Zahid berkata, BN akan terus bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU16, namun masing-masing akan bertanding menggunakan lambang sendiri pada pilihan raya itu.

Rusdi berkata, bagi pembahagian kerusi kawasan Melayu antara Umno dan PKR dijangka tidak berdepan banyak isu berbanding kerusi di kawasan Cina.

“Bagi kerusi Umno atau pernah diletak calon Umno, mungkin tidak banyak masalah, kerana banyak kerusi Umno bertanding di pilihan raya sebelum ini dimenangi PAS dan Bersatu.

“Sebab PKR tidak ambil kerusi Umno, yang memonopoli kerusi Umno adalah Bersatu dan PAS. Kalau Umno masuk Perikatan Nasional (PN), lagilah bertambah kurang jumlah kerusi untuk bertanding.

“Hanya DAP dan MCA perlu ada jalan penyelesaian terbaik untuk sama-sama diberi peluang bertanding nanti,” katanya.

Tambahnya, tempoh tiga tahun dari sekarang ini menjadi masa untuk PH dan BN menunjukkan kesepakatan politik yang mantap dan padu sekali gus menambah keyakinan penyokong dan rakyat terhadap kerjasama itu.

Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Azmi Hassan. – Gambar Bernama, 1 Julai, 2024

Sementara itu, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Azmi Hassan berkata, pengumuman awal Pengerusi BN itu menolak teka-teki apakah langkah kerjasama BN menghadapi PRU16.

“Pengumuman awal ini juga menutup segala idea-idea timbul sebelum ini termasuk kerjasama Umno dengan PAS atau PN.

“Jadi ini menutup segala idea-idea sampingan ini dan strateginya ialah dengan pengumuman awal kerjasama. Dalam keadaan sekarang dengan 30 kerusi BN, sukar untuk tingkatkan dua kali ganda, tiga kali ganda untuk tubuhkan kerajaan.

“Jadi realiti politiknya adalah memang dikatakan bahawa kalau BN ingin bersama-sama dalam Kerajan Persekutuan, maka PH adalah teman politik terbaik berbanding PN mahupun PAS,” katanya. – 1 Julai, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related