Syed Abu Hussin sedia pertahan kerusi Bukit Gantang jika PRK berlaku

Surat bagi menjawab notis Speaker susulan notis daripada parti Bersatu, sudah diberikan Jumaat lalu dan jangkaan keputusan akan dibuat dalam tempoh Sidang Parlimen berlangsung ketika ini

2:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sedia mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang sekiranya Speaker Dewan Rakyat memutuskan kekosongan kerusi dan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di kawasannya.

Syed Abu Hussin berkata biarpun belum mengetahui apa keputusan muktamad Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, namun beliau bersama lima lagi Ahli Parlimen yang dihentikan keahlian Bersatu masih yakin kerusi itu tidak perlu dikosongkan berdasarkan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, surat balas bagi menjawab notis Speaker susulan notis daripada parti Bersatu, sudah diberikan Jumaat lalu dan jangkaan keputusan akan dibuat dalam tempoh Sidang Parlimen berlangsung ketika ini.

“Saya mempunyai keyakinan penuh, selepas (Speaker) baca perincian (surat balas), kemungkinannya (apa keputusan Speaker) kita tidak tahu, tapi kalau ada PRK, saya bersedia untuk mempertahankan (kerusi).

“Kita hantar surat pada Jumaat, kita tak ada perbincangan dengan Speaker, tiada maklum balas apa-apa, dia hanya terima kita punya kenyataan dan penerangan (dalam surat).

“Mungkin dalam tempoh tiga minggu ini, sesi Parlimen masih berjalan, beliau akan buat ruling (keputusan) sepatutnya,” katanya pada sidang media di Bukit Gantang hari ini. – 30 Jun, 2024

Ditanya sama ada beliau akan bertanding sebagai calon bebas, Syed Abu Hussin berkata perkara itu akan dimaklumkan sekiranya benar kekosongan berlaku

“Itu saya akan bagitahu bila dah bubar, sekarang belum bubar lagi.

“Saya (juga) belum fikir lagi (sebarang tawaran untuk sertai parti lain) sebab saya tidak mahu ada permainan politik, saya nak beri tumpuan khidmat saya kepada rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut Syed Abu Hussin berkata, alasan diberikan dalam surat balas kepada Speaker itu adalah cukup jelas sekiranya berpandukan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

“Dari segi prinsip Perlembagaan, hak sebagai Ahli Parlimen, hak dalam Dewan Rakyat, kami tidak langsung bersalah dalam hal ini.

“Malahan parti juga telah seolah-olahnya menghasut kawasan kami untuk menentang kami.

“Ini perkara yang saya telah jelaskan dalam surat saya (kepada Speaker) dan sidang media hari ini, supaya rakyat juga faham, kami bukan menjadi pengkhianat tetapi niat kami ialah untuk membangunkan negara dan membantu rakyat di kawasan kami,” katanya.

Selain itu beliau turut yakin Speaker akan membuat keputusan berdasarkan hujah sendiri tanpa terikat dengan keputusan mana-mana Speaker DUN.

“Speaker mempunyai kuasa mereka sendiri, terpulang kepada Speaker untuk membuat keputusan berdasarkan hujahnya, beliau tak dipengaruhi apa yang berlaku di DUN.

“Malah begitu juga hak untuk bawa kes ke mahkamah, kedua-dua pihak ( MP dan parti) ada hak kalau tak berpuas hati (dengan keputusan),” katanya yang menambah mengadakan PRK juga akan membuang masa dan menuntut perbelanjaan tinggi. – 30 Jun, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Related