PRK medan latihan uji keserasian parti dalam kerajaan perpaduan: Ahmad Zahid

Ini termasuk dari segi kerjasama dan sokongan untuk memenangkan calon yang dipertandingkan walaupun berbeza parti dan ia telah diterjemahkan di beberapa siri PRK sebelum ini

10:05 PM MYT

 

KUALA PILAH – Pilihan Raya Kecil (PRK) merupakan medan latihan untuk menguji keserasian pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ini termasuk dari segi kerjasama dan sokongan untuk memenangkan calon yang dipertandingkan walaupun berbeza parti dan ia telah diterjemahkan di beberapa siri PRK sebelum ini.

“Sekarang ini sedang berlaku kempen (PRK) di Sungai Bakap, yang bertanding bukannya calon UMNO tetapi kaedah kita berkerja membantu kawan-kawan kita daripada calon parti lain, saya hormat dengan jentera UMNO Pulau Pinang dibantu Perlis, Kedah dan Perak Utara, seolah-olah ini calon UMNO.

“Kita juga hadapi PRK Pelangai, Pahang (ditandingi UMNO), hari-hari Presiden AMANAH (Datuk Seri Mohamad Sabu) turun kempen kita dan saya lihat rakan parti komponen AMANAH, PKR, DAP (turut bantu).

“Di PRK Pulai dan Simpang Jeram, Johor, jentera parti UMNO kerja keras untuk menangkan calon AMANAH, begitu juga DAP dan PKR (bantu kempen), dan Mat Sabu berterima kasih kepada kita…ini menunjukkan susunan kerja jentera cukup berstruktur, inilah semangat setiakawan antara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Pilah yang dihadiri lebih 700 perwakilan daripada 126 cawangan di sini hari ini.

Ahmad Zahid turut meminta kerjasama semua ahli UMNO bagi memastikan parti itu dominan semula dalam arena politik negara dan bukan hanya diterima ahli parti.

Dalam pada itu, beliau menafikan Melayu dan agenda Islam yang sering diperjuangkan UMNO terancam sejak berada di bawah Kerajaan Perpaduan, malah pelbagai peruntukan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tujuan itu. 

“Di Parlimen, Anthony Loke (Setiausaha DAP) duduk sebelah kanan, ada juga Nga Kor Ming (Naib Pengerusi DAP), apabila saya bawa kertas Kabinet termasuk dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, tak ada seorang pun yang bantah sebaliknya beri sokongan,” katanya. – 29 Jun, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related