6 Ahli Parlimen Bersatu gugur keahlian perjelas pendirian pada sidang media khas esok

Adun Selat Klang juga dijadualkan hadir dalam sidang media itu

9:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam Ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian parti dijadualkan mengadakan sidang akhbar khas bagi menjelaskan mengenai pendirian mereka pada jam 12 tengah hari esok.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi berkata, sidang media itu akan diadakan di sebuah lokasi di Bangsar.

“Kita mahu menjawab mengenai situasi terkini yang berlaku dan hari ini saya tidak boleh jawab apa-apa.

“Segala jawapan yang lengkap akan diberikan pada dalam sidang akhbar esok,” katanya kepada pemberita pada Jelajah Hari Terbuka Universiti Selangor (Unisel) 2024 di Padang Astaka, Tanjong Karang di Kuala Selangor, hari ini.

Beliau berkata, kesemua enam Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir.

Pada 24 Jun lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta semua pihak bersabar mengenai status enam Ahli Parlimen Bersatu yang terhenti keahliannya secara serta-merta, baru-baru ini.

Johari berkata, mengikut undang-undang, beliau mempunyai 21 hari untuk mengkaji notis yang diserahkan oleh Ketua Whip Bersatu yang juga Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Ronald sebelum ini dilapor mengemukakan notis kepada Johari meminta supaya enam kerusi Parlimen diwakili wakil rakyatnya yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri dikosongkan.

Beliau berkata, sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima.

Selain Zulkafperi, lima Ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar). – 29 Jun, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related