Usah terpengaruh fitnah influencer dakwa sistem pertahanan negara terancam kerana BlackRock: Na’im

Mohd Na'im juga menyeru umat Islam untuk tidak mudah percaya dan memeriksa terlebih dahulu sebarang dakwaan yang mampu 'mengganggu gugat' kepentingan serta keharmonian negara

8:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan dakwaan seorang pempengaruh (influencer) yang menuduh sistem pertahanan negara akan dikuasai pihak asing kesan daripada urusniaga melibatkan pelaburan syarikat BlackRock.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata dakwaan tersebut menyeleweng daripada fakta sebenar seperti mana yang dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen baru-baru ini.

“Perdana Menteri di Parlimen baru-baru ini menyatakan pelaburan Blackrock tidak mempengaruhi aspek pemilikan, pengurusan lapangan terbang dan pertahanan negara.

“Sehubungan itu, saya menyeru agar umat Islam tidak terpengaruh dengan dakwaan pempengaruh tersebut yang jelas tidak bersandarkan fakta sebenar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Na’im juga menyeru umat Islam untuk tidak mudah percaya dan memeriksa terlebih dahulu sebarang dakwaan yang mampu ‘mengganggu gugat’ kepentingan serta keharmonian negara.

“Saya mengajak umat Islam di Malaysia untuk mengambil tindakan ‘tabayyun’ iaitu menyelidik dan mendalami kesahihan sesuatu dakwaan dan berita dalam isu membabitkan kepentingan negara.

“Umat Islam juga hendaklah berhati-hati dengan pelbagai usaha segelintir individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba mewujudkan rasa takut dan terancam dalam kalangan umat Islam dan rakyat Malaysia menggunakan sumber berunsur fitnah dan tidak sahih,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Na’im menegaskan kerajaan tetap dengan pendirian kekal bersolidariti bersama perjuangan rakyat Palestin yang sehingga kini masih dizalimi tentera rejim Zionis.

Terdahulu, menerusi sesi Dewan Rakyat pada Selasa lalu, Anwar menegaskan soal keselamatan negara susulan penyertaan syarikat BlackRock dalam penstrukturan semula kepentingan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) tidak berbangkit sama sekali berikutan ia masih di bawah tanggungjawab kerajaan.

Anwar berkata, selain faktor keselamatan, jawatan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) selaku pengurusan tertinggi juga kekal dipegang oleh rakyat Malaysia. – 28 Jun, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related