Suhakam gagal bersuara isu diskriminasi perkauman, kes Firdaus Wong: Hassan Karim

Kata Hassan Karim, Suhakam mesti menegaskan hak kesamaan yang diperakui Perlembagaan Persekutuan dan menghormati semua hak manusia yang fundamental

5:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) didakwa banyak ‘mengunci mulut’ dan tidak menyatakan pendirian mengenai beberapa isu diskriminasi perkauman yang tercetus di Malaysia.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim mendakwa, Suhakam juga banyak berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan mengenai isu kebebasan beragama yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, sebagai contoh banyak laporan polis dibuat terhadap pendakwah bebas, Firdaus Wong atas tindakannya melakukan pertukaran agama kanak-kanak bukan Muslim kepada Islam, tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

“Pada pandangan saya adalah tanggungjawab Suhakam untuk bersuara dalam semua perkara (berkaitan) hak asasi manusia dan ia bukan parti politik yang perlu menimbang-nimbang kesan hilang undi atau kalah pilihan raya.

“Suhakam mesti menegaskan hak kesamaan yang diperakui Perlembagaan Persekutuan dan menghormati semua hak manusia yang fundamental,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berbahas mengenai usul Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, kegagalan Suhakam dalam isu terbabit berterusan hingga sekarang, antaranya mengenai tindakan Firdaus.

“Saya seorang Islam, (saya) memandang perkara ini dengan serius demi keharmonian negara kita.

“Tindakan individu (Firdaus) ini sudah menimbulkan kebimbangan dan kegusaran masyarakat bukan muslim di Malaysia,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari bagaimanapun mempersoalkan isu yang dibangkitkan oleh Hassan memandangkan kes Firdaus Wong (gambar) sedang disiasat polis. – Gambar Instagram, 27 Jun, 2024

Kenyataan Hassan itu kemudian dicelah Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang mempersoalkannya memandangkan kes Firdaus sedang disiasat polis.

“Merujuk kepada kes yang disebut Pasir Gudang tadi, kita faham isu tersebut sudah dibuka kertas siasatan oleh polis, dia masih berada di dalam ‘grey area’ yang tidak diketahui apakah kedudukan kes yang sebenar.

“Jadi pada pandangan saya, adalah mustahil untuk Suhakam menentukan pendirian dalam isu-isu seperti ini yang polis sudah buka kertas siasatan,” kata Ahmad Fadhli.

Bagaimanapun, Hassan tetap meneruskan hujahnya berhubung isu berkenaan dengan mempersoalkan mengapa Suhakam tidak memberikan respon mengenainya.

“Terima kasih Pasir Mas, soalan saya mengapa tidak ada respon daripada Suhakam dalam perkara ini.

“Suhakam tentu lebih maklum, lebih memahami bahawa kebebasan beragama adalah hak universal bagi semua rakyat di negara ini, sama ada muslim dan bukan muslim,” katanya. – 27 Jun, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related