Haram NGO ambil 30% wang sumbangan untuk kos pengurusan

Bagaimanapun, sebarang penggunaan daripada wang sumbangan dibolehkan dengan syarat ia wajib mendapat keizinan daripada penderma dahulu

2:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hukum sesebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengambil 30% daripada wang disumbangkan penderma sebagai kos pengurusan adalah haram.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi kenyataan memaklumkan, sebarang penggunaan wang sumbangan perlu mendapat keizinan daripada penderma terlebih dahulu.

“Namun jumlah yang digunakan (selepas dibenarkan) perlulah berdasarkan kos pengurusan sebenar.

“Menetapkan jumlah peratusan tertentu, akan menyebabkan jumlah duit yang digunakan, melebihi daripada kos pengurusan sebenar dan hukum mengambil duit lebih daripada diperlukan untuk kos pengurusan sebenar tanpa keizinan daripada penderma, adalah haram,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab persoalan dikemukakan individu yang meminta penjelasan mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa Bank Negara Malaysia (BNM), membenarkan NGO mengambil 30% daripada kos pengurusan.

Individu itu turut bertanyakan, sekiranya dakwaan itu benar, apakah hukum NGO berbuat demikian?

Menurut kenyataan itu, tiada mana-mana pihak, termasuk BNM menetapkan 30% daripada jumlah sumbangan terkumpul boleh digunakan sebagai kos pengurusan.

Tegasnya, BNM melalui kenyataan rasminya menafikan dakwaan terbabit kerana NGO tidak tertakluk di bawah bidang kuasa pengawalseliaan agensi perbankan berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan itu memaklumkan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dalam Kod Tadbir Urus Baik Pertubuhan menyatakan, perbelanjaan pentadbiran NGO hendaklah tidak melebihi 30% daripada belanjawan tahunan.

Mengulas lanjut, ia berkata, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) kali ke-137 memutuskan empat perkara, termasuk hukum menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk tujuan kebaikan, seperti mempromosi sumbangan adalah harus jika mendapat keizinan daripada penderma.

Kedua, katanya, keizinan daripada penderma boleh diperolehi dengan cara pihak yang mengumpul derma, menyatakan secara jelas pada iklan mengenai hasrat mereka untuk menggunakan sebahagian daripada duit sumbangan bagi membayar kos promosi dan pengiklanan.

Manakala, jumlah dan digunakan bagi tujuan promosi hendaklah sekadar keperluan, di samping memastikan duit terbabit digunakan dengan cermat serta memberi kebaikan kepada penderma.

Mufti-4

“Jika wang sudah dikumpulkan, pihak pengumpul dana perlu memaklumkan dan mendapat keizinan daripada penderma terlebih dahulu melalui pelbagai cara yang mampu dilakukan, sebelum menggunakan sebahagian daripada dana terbabit untuk membayar kos pengiklanan,” katanya.

Justeru, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan supaya duit sumbangan orang ramai digunakan dengan berhati-hati.

“Ia adalah kerana amanah dipertanggungjawabkan orang ramai untuk dilaksanakan dan setiap sen yang diambil, akan dipersoalkan Allah SWT di akhirat kelak,” katanya. – 27 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

Related