RUU Pindaan Akta 50 dibentang Julai, langkah selesai kemelut parallel pathway

Draf pindaan RUU itu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, dengan ia sudah dibuat semakan

12:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) akan dibentangkan pada akhir minggu ketiga sidang Dewan Rakyat kali ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, ia sebagai langkah mengatasi ketidakaturan serta kemelut yang terkait dengan kursus latihan Parallel Pathway dan program sarjana perubatan.

Katanya, ‘naskah biru’ berhubung RUU itu akan dibahaskan di hujung minggu keempat, sebelum ia ditentukan untuk kelulusan.

“Draf pindaan RUU itu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, dengan ia sudah dibuat semakan. Saya memahami bahawa polemik (Parallel Pathway dan program sarjana perubatan) ini terbelah di antara dua pihak, tetapi saya sebagai menteri akan mengambil stand neutral hinggalah ke saat ini, di mana draf yang sudah dibuat pindaan Akta 50 itu.

“Naskah biru pindaan Akta 50 ini sudah siap seluruhnya dan bakal insya-Allah kita adakan beberapa libat urus lagi, antara lainnya untuk kita bentangkan kepada jawatankuasa pilihan khas kesihatan, selain beberapa libat urus di sana.

“Libat urus ini nanti adalah peringkat terakhir sebelum dewan yang mulia ini melihat naskah biru berkenaan diletakkan pada minggu ketiga supaya dapat kita bahaskan di hujung minggu keempat, untuk kita bentang, bahas dan kita luluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Ahmad Yunus Hairi berhubung program latihan kepakaran Parallel Pathway khusus bagi bidang kardiotorasik.

Dzulkefly berkata, libat urus itu juga membabitkan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) serta beberapa anggota Majlis Dekan Perubatan

Menurutnya, rakyat menantikan Kementerian Kesihatan (KKM) menguruskan ketidakaturan terkait dengan kursus parallel pathway dan program sarjana perubatan secara terbaik.

“Pengurusan ini supaya keteraturan itu akan dicapai, manakala ketidakaturan dapat ditangani.

“Dengan kata lain, keteraturan sarjana perubatan bersekali dengan keteraturan kursus Parallel Pathway akan dapat kita tentukan serta kita luluskan.

“Dengan itu, kualiti dan kuantiti latihan kardiotorasik bahkan 120 program sarjana dan 14 program parallel pathway, semuanya akan dapat kita teraturkan ketidakaturannya,” – 27 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

The silent punch heard around the country – Terence Fernandez

The assault of deaf e-hailing driver raises the question if we are a nation divided by class

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

Related