Kekosongan kerusi: 6 bekas wakil rakyat Bersatu jangka nasib diketahui minggu depan

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, jangkaan tersebut berdasarkan notis yang diterima beliau bersama lima lagi wakil rakyat kelmarin bagi memberi jawapan bertulis kepada Speaker

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam bekas wakil rakyat Bersatu menjangkakan nasib mereka terhadap notis kekosongan kerusi akan dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul minggu hadapan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim berkata, jangkaan itu berdasarkan notis yang diterima beliau bersama lima lagi wakil rakyat kelmarin bagi memberi jawapan bertulis kepada Speaker.

“Kelmarin kita dah diberi notis oleh Speaker untuk kita memberi jawapan bertulis dan insya-Allah minggu ini kita akan jawab dan hantar.

“Kita agak begitulah, kalau ikut pada notis yang kita dapat maklum maknanya parti dah hantar notis kepada pejabat Speaker minggu lalu dan Speaker ada masa 21 hari sebagaimana yang diberitahu, jadi kita jangka minggu depan (untuk keputusan),” katanya di Parlimen hari ini.

Perkara sama turut disahkan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi kepada Scoop hari ini yang sudah menerima notis terbabit.

“Ya, notis diterima kelmarin, Speaker minta untuk beri jawapan terhadap beberapa perkara, saya akan balas nanti,” katanya.

Jumaat lalu Johari mengesahkan sudah menerima notis untuk mengosongkan kerusi enam wakil rakyat itu dan memaklumkan keputusan berhubung kedudukan mereka akan diputuskan dalam tempoh 21 hari.

“Saya sudah terima notis berkenaan daripada Ahli Parlimen Beluran yang juga Ketua Whip (Datuk Seri Dr Ronald Kiandee). Mengikut undang-undang saya ada 21 hari untuk mengkajinya.

“Insya-Allah bila saya sudah ada keputusan, saya akan maklumkan. Harap bersabar,” katanya.

Selain Azizi dan Zulkafperi, empat lagi wakil rakyat yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar). – 26 Jun, 2024

Topics

Hangat

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Private sector in the dark over govt’s drug decriminalisation plans, say experts

Health professionals urge broader engagement with relevant stakeholders ahead of reforms to decriminalise drug use to ensure effective implementation of initiative

Related