Rombakan kecil Kabinet jika prestasi ekonomi tidak memuaskan tahun depan: PM

Walaupun tindakan yang diambil selalu tidak popular, namun kerajaan akan berbuat demikian kerana ia dengan sendirinya akan menyelesaikan kritikan terhadap prestasi ekonomi negara

5:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak teragak-agak untuk melakukan rombakan kecil Kabinet (minor reshuffle) sekiranya Indeks Daya Saing Dunia (WCR) IMD negara pada tahun hadapan menunjukkan prestasi tidak memuaskan.

Anwar berkata, antara salah satu kritikan utama dalam laporan WCR yang dikeluarkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) adalah kerajaan Madani dikatakan kurang gemar mengambil langkah-langkah tidak popular (unpopular measures).

Bagaimanapun, Anwar menegaskan keputusan kurang popular seperti penyasaran subsidi diesel adalah langkah terbaik dalam usaha kerajaan untuk menjimatkan perbelanjaan negara yang mencecah nilai berbilion ringgit.

“Walaupun tindakan yang diambil selalu tidak popular kerana ia selalunya memang mengambil masa.

“Namun, kerajaan akan berbuat demikian dan saya fikir ia dengan sendirinya akan menyelesaikan kritikan terhadap prestasi ekonomi negara.

“Insya-Allah saya harap tahun depan ia akan mencatatkan laporan lebih baik. Kalau tidak, saya terpaksa membuat beberapa rombakan kecil dalam Kabinet. Hanya (itu) cara untuk menyelamatkan Perdana Menteri,” katanya secara berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Tengahari Mesyuarat Tahunan Ke-47 Dewan Perniagaan Amerika Syarikat dan Malaysia (AMCHAM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D Kagan dan Ketua Pegawai Eksekutif AMCHAM, Siobhan Das.

Kali terakhir, rombakan Kabinet dibawah kepimpinan Anwar dilakukan pada 12 Disember lalu, hanya setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Anwar berkata, rombakan itu bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.

Rombakan Kabinet itu menyaksikan bilangan Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31, manakala timbalan menteri meningkat daripada 27 kepada 29, sekali gus menjadikan keseluruhan anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan kini 60 orang.

Dua kementerian disusun semula berdasarkan keperluan semasa membabitkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Kementerian Komunikasi dan Digital pula dipecahkan kepada Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi. – 25 Jun, 2024

Topics

Hangat

Empty promises: victims hit back at MYAirline founder over fraudulent schemes

Bankrupted investors either received one payout or none at all from what they believed to be legitimate businesses

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Court orders ex-cop to pay RM820,000 to two Mongolian women for non-consensual intercourse

He had stopped both women at a roadblock during MCO before taking them to a hotel to commit the act

Related