‘Permainan politik’ dalam isu BlackRock, jangan lupa keputusan penting 2021 ketika Pagoh jadi PM: Anwar

Pembangkang lupa bahawa keputusan penting memberikan peranan BlackRock itu dibuat pada 26 Februari 2021 semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin pembangkang kini dahulunya ada yang menjadi anggota Kabinet

12:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulangkan semula persoalan mengenai isu peranan BlackRock dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pemimpin pembangkang khususnya ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui negara pada 2021.

Menurut Anwar, pembangkang lupa bahawa keputusan penting memberikan peranan BlackRock itu dibuat pada 26 Februari 2021 semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin pembangkang kini dahulunya ada yang menjadi anggota Kabinet.

“Apa dia keputusannya? Iaitu menyerahkan Akaun Terurus Berasingan (SMA) KWSP bersama Ekuiti Persendirian (PE) patuh syariah pertama dan terbesar di dunia (dikendalikan) kepada BlackRock, tahniah lah. Tetapi kita (Kerajaan Perpaduan) diserang sekarang termasuk rakan-rakan sebelah sana (pembangkang). Dia lupa keputusan penting memberikan peranan BlackRock pada 2021.

“Jumlahnya AS$600 juta bersamaan RM2.5 bilion, 2021 pengurusan BlackRock, dan pada masa itu saya pertahankan, saya tak mahu jadikan ia isu politik kerana kemungkinan KWSP telah melapor kepada (Ahli Parlimen) Pagoh (Muhyiddin) dan mungkin jemaah menteri bahawa ini (BlackRock) hanya syarikat pelaburan.

“Apakah pada masa itu BlackRock tidak melibatkan sentimen yang agak pro-Israel? (Itu) sudah. (Kini) kalau soal BlackRock yang dibangkitkan, soalnya mengapa tak fikir 2021, boleh pula? Sekarang tak boleh, 2021 itu BlackRock agenda yang sama, jadi ini masalahnya, hukum (dibuat pembangkang) itu berubah ikut keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika waktu pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, isu yang berbangkit kini melibatkan soal konsortium Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang dimiliki sekitar 41% oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan KWSP, mengizinkan syarikat asing khususnya Global Infrastructure Partners (GIP) untuk memiliki 30% bersama Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).

“Dengan perubahan ini, pemilikan Khazanah dan KWSP meningkat dari 41% kepada 70%. Ini berbeza dengan naratif di luar (dakwaan pemimpin pembangkang). Naratif di luar seolah-olah (kita) menjual (MAHB). Tidak ada penjualan MAHB kepada syarikat asing. Selama ini syarikat asing memiliki sekitar 27 peratus dan inilah yang diambil oleh ADIA dan GIP.

“Apakah kita ada penjualan yang melibatkan lapangan terbang? Tidak. Penjualan ini atau eksesais ini hanya melibatkan pengurusan, MAHB itu syarikat yang menguruskan lapangan terbang. Lapangan terbang kekal milik kerajaan Malaysia.

“Ini sama seperti MAHB diberi izin oleh kerajaan Turkiye mengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen, Istanbul. Kita diberi hak mengurus tetapi (lapangan terbang) milik kekal kerajaan Turkiye,” katanya.

Beliau menambah, Khazanah melaporkan apabila dibuka untuk pertimbangan pengurusan MAHB, sekitar 145 syarikat menyatakan minat tersebut dan akhirnya hanya lima yang layak.

“Syarat ditetapkan Khazanah ketat yang tidak dipersetujui kebanyakan syarikat. Pertama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mesti rakyat Malaysia, majoriti pegangan, Malaysia. Syarikat-syarikat lain, mereka nak hak mengurus, maknanya CEO rakyat dia atau yang dia tentukan, syarat ini tidak diterima, sebab itu GIP diambil.

“Dibangkitkan (kononnya GIP dilihat lemah dalam menguruskan) Lapangan Terbang Gatwick, Gatwick itu dalam keadaan yang parah ketika diambil alih dan ikut prestasi semasa jauh lebih baik daripada sebelumnya. Anggapan harus diserah kepada syarikat lain, tetapi menurut Khazanah, sukar mana-mana syarikat asing nak bekerjasama kalau tak kuasai majoriti,” katanya merujuk soalan dibangkitkan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang).

Kepada soalan dibangkitkan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai implikasi jika kerajaan menarik balik ‘pelaburan’ GIP dalam MAHB, katanya, ia sangat berat jika diambil kita dalam penyenaraian yang besar.

“Pertamanya, keputusan kita (melarang pelaburan) syarikat Israel. Apple, Microsift, Nvidia semuanya (syarikat) ada kepentingan Israel. Apakah kita batalkan? Jadi bunyi sedap bagi orang dengar seronok kita ini hebat, pejuang, tetapi sebenarnya tidak realistik.

“Saya bincang dengan pimpinan Hamas, tidak berbangkit pun, ini lebih Hamas daripada Hamas, ini jadi masalah kita. Apa kita korbankan kerjasama dengan GIP? Apa dikorbankan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tatkala serah BlackRock urus dana KWSP?” Soalnya. – 25 Jun, 2024

Topics

Hangat

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Private sector in the dark over govt’s drug decriminalisation plans, say experts

Health professionals urge broader engagement with relevant stakeholders ahead of reforms to decriminalise drug use to ensure effective implementation of initiative

Related