[KEMAS KINI] Berdasarkan gambar motosikal diberikan polis, saya yakin rangka itu milik Hafiz: Bapa

Ujian DNA ke atas rangka terbabit sudah dilakukan hari ini dan akan mengambil masa selama seminggu untuk disahkan

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Abd Halid Sugiman, bapa kepada Hafiz Fauzan, pelajar tingkatan lima yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu, yakin rangka manusia yang ditemui di tepi tebing Jalan Yong Peng, berdekatan Kompleks Penghulu Linau di Batu Pahat, Johor, hari ini, adalah milik anaknya.

Bercakap kepada Scoop, Abd Halid, 44 berkata, ujian DNA ke atas rangka terbabit sudah dilakukan hari ini dan akan mengambil masa selama seminggu untuk disahkan.

“Sekarang saya dalam perjalanan untuk ke balai polis untuk mengesahkan barangan yang dijumpai oleh polis di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Abd Halid, rangka itu ditemui pada tengah hari tadi bersama-sama motosikal miliknya yang digunakan Hafiz pada hari kejadian.

“Berdasarkan gambar yang diberikan oleh pihak polis, saya boleh sahkan motosikal berkenaan adalah milik saya.

“Motosikal terbabit ditemui tersangkut di celah batang pokok bersebelahan kebun durian. Selain itu, turut ditemui jaket dan juga topi keledar digunakan Hafiz,” katanya.

Terdahulu, pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai penemuan rangka terbabit.

Pada Mei lalu, Scoop melaporkan Hafiz hilang selepas keluar menonton perlawanan bola sepak di rumah kawannya.

Abd Halid berkata, kehilangan anaknya yang juga pelajar Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR), Batu Pahat, Johor itu disedari beberapa jam selepas dia meminta izin untuk keluar ke rumah kawannya kira-kira jam 9.47 malam.

“Saya menganggap dia ke rumah kawannya di Parit Ju, Tongkang Pechah yang terletak kira-kira lima kilometer (km) dari rumah kami.

“Setelah beberapa jam menyedari dia tidak balik, saya suruh salah seorang anak saya untuk pergi tengok dan cari Hafiz di rumah kawannya.

“Tapi dia balik dan beritahu yang tiada sesiapa pun di rumah rakannya itu,” katanya.

Ujarnya, usaha mencari Hafiz di kawasan yang dipercayai dilalui untuk ke rumah kawannya dekat Parit Ju, Tongkang Pechah di Batu Pahat, Johor terus menemui jalan buntu.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani dalam satu kenyataan malam tadi mengesahkan rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian itu adalah milik Hafiz.

Beliau berkata, pengecaman berkenaan adalah melalui dokumen dan juga beberapa barangan milik mangsa. – 24 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Malaysia Airlines flight from Hyderabad makes emergency landing after engine catches fire mid-air

Flight MH199, carrying 138 passengers, had just taken off before quickly returning to Rajiv Gandhi International Airport

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related