Adun Rembia digantung keahlian Umno akui sedang berkempen ‘all out’ untuk PN

Datuk Muhammad Jailani Khamis menemplak kenyataan sesetengah pihak yang menggelarnya kaki lompat parti kerana tindakan terbaharunya berkempen untuk PN

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Saya ahli Umno yang digantung keahlian selama enam tahun dan tidak pernah melompat parti.”

Demikian tegas, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menjelaskan mengenai status terkininya sebagai wakil rakyat Umno.

Penjelasan itu diberikan Jailani selepas tular video beliau berceramah untuk calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, malam tadi.

Menafikan dirinya sudah menyertai PN, Jailani berkata, kehadirannya di Sungai Bakap adalah untuk membantu memenangkan calon PN demi bangsa, agama dan negara.

“Saya buat ini kerana Allah, ummah, anak cucu dan bangsa saya. Kalau kita tak melawan sekarang, saya bimbang akan nasib mereka di masa hadapan.

“Hati saya bersama Islam, umat dan tanah air. Saya sedang berkempen all out (sepenuh tenaga) untuk calon PN supaya kebenaran menang dengan izin Allah,” katanya kepada Scoop.

Pada masa sama, Jailani menemplak kenyataan sesetengah pihak yang menggelarnya kaki lompat parti kerana tindakan terbaharunya berkempen untuk PN.

“Ada ke orang nak lompat tempat susah? Orang pergi melompat tempat pemerintah, macam-macam boleh bagi. Mana ada orang nak melompat cari susah ni. Subhanallah.

“Kalau katak pun mana ada lompat masa kemarau, dia lompat tempat banyak air. Dulu saya tak melompat tapi saya dipecat daripada PKR dan saya letak jawatan dalam Umno pada 2016.

“Saya tak pernah lompat, tapi kalau benda ni tak betul dari segi hukum Allah, merosakkan bangsa saya, parti apa pun saya akan lawan,” katanya.

Ditanya adakah beliau bersedia berdepan tindakan dipecat daripada parti susulan tindakan terbaharunya itu, Jailani berkata, beliau hanya takut kepada Allah SWT.

“Saya lagi bimbang kalau Allah marah saya… nampak kemungkaran tapi saya tak buat apa-apa. Lagipun mereka (kerajaan Melaka) dah rampas pejabat JAPERUN saya (Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri).

“Nama saja YB (Yang Berhormat) Umno, nama saja YB kerajaan tapi mereka layan saya lebih teruk dari pembangkang. Alhamdulillah, kezaliman Insya-Allah orang akan tahu,” katanya.

Terdahulu, Lembaga Disiplin Umno mengesyorkan keahlian Jailani digantung selama enam tahun kerana hadir ke majlis pengumuman calon PN bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor pada 23 Ogos lalu.

Jailani bagaimanapun mempertahan tindakannya dengan menegaskan kehadiran beliau di majlis terbabit bukan atas kapasiti sebagai Adun Umno sebaliknya mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Muafakat Nasional (MN) yang diterajui bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau turut menyertai perarakan pada proses penamaan calon PAS di Parlimen Ketereh di Kelantan.

Baru-baru ini, nama Jailani kembali hangat diperkatakan selepas beliau dilihat hadir berarak bersama penyokong PN menuju ke pusat penamaan calon bagi PRK DUN Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi dekat Nibong Tebal, Sabtu lalu.

Untuk rekod Jailani merupakan Pengerusi Muafakat Nasional Melaka. – 24 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Empty promises: victims hit back at MYAirline founder over fraudulent schemes

Bankrupted investors either received one payout or none at all from what they believed to be legitimate businesses

Related