Imigresen ‘gempur’ Klang, 1,700 warga asing diperiksa

Menyedari kehadiran pihak berkuasa ada warga asing termasuk wanita cuba melarikan diri termasuk sanggup bersembunyi di bawah kenderaan bagi mengelak ditahan

10:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Operasi besar-besaran yang dilancarkan oleh Jabatan Imigresen Selangor di kawasan perumahan flat Bandar Sultan Suleiman di Klang, hari ini membawa kepada 1,700 warga asing diperiksa untuk tujuan pemeriksaan dokumen.

Tindakan Imigresen itu nyata mengejutkan warga asing terbabit yang kebanyakannya menghabiskan cuti hujung minggu dengan bermain bola sepak dan membeli belah di pasar malam berhampiran.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, Ops Bandar Sultan Suleiman yang bermula jam 5 petang itu turut dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Beliau berkata, selain risikan selama tiga bulan, serbuan itu juga hasil aduan dan pendedahan penduduk menerusi aplikasi TikTok selepas resah dan rimas dengan kebanjiran warga asing di situ.

Pemeriksaan awal mendapati antara kesalahan dikesan adalah tinggal lebih masa, tiada permit sah dan menyalahgunakan pas. – Gambar tangkap layar Imigresen, 23 Jun, 2024

“Pihak kami setakat ini memeriksa 1,700 warga asing bagi diperiksa dokumentasi mereka. Rata-ratanya yang diperiksa termasuk warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

“Pemeriksaan awal mendapati beberapa kesalahan dikesan antaranya melibatkan tinggal lebih masa, tiada permit sah dan menyalahgunakan pas.

“Namun kita akan kemaskini jumlah sebenar yang ditahan kerana melanggar kesalahan kemudian,” katanya hari ini.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati koloni warga asing rata-ratanya bekerja di kilang kawasan sekitar dan tinggal di flat tersebut.

“Justeru, kita menjalankan serbuan bagi memeriksa secara menyeluruh kesalahan Imigresen yang dilakukan mereka.

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa warga asing termasuk wanita cuba melarikan diri termasuk sanggup bersembunyi di bawah kenderaan bagi mengelak ditahan,” katanya. – 23 Jun, 2024.

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related