‘Sekurang-kurangnya ada berita gembira’ 5 keluarga di Kg Sri Makmur dapat Rumah Selangorku

Ia disifatkan sebagai satu berita baik di tengah-tengah kebimbangan penduduk selepas diarahkan mengosongkan kediaman pada 27 Mei lalu

8:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai lima daripada 14 penduduk di Kampung Sri Makmur, Gombak akan menandatangani surat perjanjian pembelian dan pemilikan rumah (S&P) bagi penempatan semula di Rumah Selangorku, yang dijadualkan Selasa ini.

Ia disifatkan sebagai satu berita baik di tengah-tengah kebimbangan dan kesulitan penduduk selepas diarahkan mengosongkan kediaman pada 27 Mei lalu.

Khabar gembira itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Perantau Sri Makmur (PPSM), Noora Mustafa kepada Scoop, dan beliau memaklumkan baki sembilan keluarga lagi masih menunggu kelulusan pinjaman dengan bank.

“Yang lain masih menunggu. Insya-Allah semoga dipermudahkan,’’ katanya ketika dihubungi.

Noora juga memberitahu, rumah tersebut sudah boleh diduduki dan selepas menandatangi perjanjian berkenaan, penduduk akan menunggu kunci rumah sebelum memasuki rumah terbabit.

Mengulas lanjut, Noora berkata, bagi sembilan penduduk yang sebelum ini tercicir daripada penempatan semula itu, mereka masih menunggu keputusan daripada pihak Menteri Besar (MB), Datuk Seri Amirudin Shari.

“Pihak MB akan cuba selesaikan dan pertimbangkan selepas beliau pulang dari Makkah kerana mengerjakan ibadah haji,’’ katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Perantau Sri Makmur, Noora Mustafa berkata, sembilan penduduk yang sebelum ini tercicir daripada penempatan semula masih menunggu keputusan daripada pihak Menteri Besar Selangor. – Halim Salleh/Scoop, 23 Jun, 2024

Pada 27 Mei lalu, penduduk di kampung terbabit diarah mengosongkan kediaman mereka bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diduduki mereka.

Malah, berdasarkan kenyataan media PKNS sebelum ini, isu di kawasan itu bermula sejak Julai 2006 yang menyaksikan operasi perobohan dilaksanakan terhadap sebahagian unit rumah, namun bancian pada 2016 mendapati jumlah rumah meningkat 204 unit berbanding 80 buah pada 2006.

PKNS memaklumkan penjualan tanah di kampung itu kepada sebuah syarikat dimeterai pada 8 September 2020 dan syarikat tersebut memperoleh perintah mahkamah untuk melaksanakan tindakan meroboh semua struktur di tanah itu pada 14 Mei lepas.

Kerajaan Selangor sebelum ini menawarkan pembelian seunit Rumah Selangorku dengan harga subsidi RM65,000 serta sagu hati ‘ex-gratia’ sebanyak RM1,000 kepada 21 setinggan asal, berdasarkan pengesahan bancian pada 2006 dan 2016 mengikut senarai Pejabat Daerah dan Tanah Gombak. – 23 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related